Tesla batal penawaran Model S varian Plaid+ berkuasa 1,100 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Kemaskini terbaharu terhadap Tesla Model S dan Model X adalah penawaran varian Plaid yang menampilkan konfigurasi tiga motor elektrik yang mampu menghasilkan 1,006 kuasa kuda.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Varian Plaid ini dikatakan mampu membenarkan pecutan 0-96 km/j dalam masa 1.99 saat sahaja, dan dengan penggunaan tayar yang betul mampu mencecah kelajuan tertinggi 322 km/j.

Sebelum ini, kedengaran berita Tesla mahu menawarkan sebuah lagi varian yang lebih berkuasa (Plaid+) dengan angka output 1,100 hp dan jarak operasi 837 km.

 

 


Namun, CEO-nya Elon Musk dalam ciapan di Twitter rasminya mengesahkan varian Plaid+ tersebut tidak akan ditawarkan kepada umum disebabkan "varian Plaid sudah cukup bagus."

Beliau menyifatkan varian Plaid standard sebagai sebuah kereta produksi paling pantas pernah dibina dan mengesahkan sendiri masa pecutan 0-96 km/j di bawah tempoh 2 saat.

Pembatalan penawaran varian Plaid+ itu dilihat selepas Tesla secara senyap menghentikan pengambilan pra-tempahan untuk model tahun 2022, dan tidak diketahui berapa ramai pelanggan yang sudah meletakkan duit deposit untuk model sedan tersebut.

 


Untuk kemaskini Model S tahun 2021, Tesla membawakan teknologi bateri baharu yang menawarkan jarak operasi yang lebih jauh, lebih efisien dan mampu bertahan di dalam apa jua kondisi pemanduan.

Rekaan ruang kabin juga turut diberikan penekanan di mana skrin asal menegak telah digantikan dengan skrin lebar bersaiz 17 inci, serta penambahan skrin berasingan bersaiz 8 inci di bahagian belakang.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Bloomberg, kos untuk sebuah Model 3 varian permulaan kini bermula dari $38,990 (…
Berita Global
Contoh yang agak menarik untuk ditampilkan kali ini ialah sebuah Acura NSX generasi pertama (lampu…
Berita Domestik
Dengan beberapa isu yang dihadapi, Tesla dilihat melakukan beberapa langkah baharu tahun ini…