Tesla beku pengambilan pekerja baharu, buang lebih ramai pekerja tahun depan

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: CNBC
Tahun 2023 bakal menajadi satu tahun yang agak mencabar buat Tesla.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana disebalik perancangan untuk mengembangkan lagi produksi di seluruh dunia, pengeluar kereta elektrik itu dilapor akan membekukan pengambilan pekerja baharu dan mengurangkan jumlah pekerja sedia ada pada suku pertama tahun 2023.

Menurut laporan Electrek memetik sumber yang rapat dengan isu tersebut, pembekuan pengambilan pekerja baharu telah pun dilaksanakan namun masih belum jelas sejauh mana pelaksanaan langkah itu akan bertahan.

Tesla telah pun berhubung dengan beberapa eksekutif untuk menghentikan pengambilan pekerja buat sementara waktu, dan terdapat jangkaan pembuangan pekerja yang akan dibuat pada suku pertama tahun depan.
 

Tesla


Isu ini timbul kembali selepas enam bulan CEO-nya Elon Musk mengarahkan eksekutif syarikat untuk menghentikan pengambilan dan mengurangkan 10 peratus daripada tenaga pekerja sedia ada.

Jeda pengambilan pekerja itu nampaknya tidak bertahan lama, di mana Tesla mengembangkan semula kekuatan mereka sepanjang separuh kedua tahun 2022.

Perkembangan ini menjadi satu perkara yang membimbangkan, memandangkan Tesla sememangnya memerlukan ribuan tenaga pekerja untuk kilang baharunya di Amerika Syarikat dan Jerman tahun depan.

Sumber: Electrek

Berita Berkenaan

Informasi
Sayangnya Cybertruck masih belum bersedia untuk dijual di luar US, tetapi ada banyak lagi teknologi…
Informasi
Trak serba unik itu akan berada di Malaysia untuk beberapa bulan dan peminat di Malaysia dijemput…
Informasi
"Stesen Pengecas Super Sunway Carnival menawarkan empat Pengecas Super, menjadikan jumlah…