Tesla buatan China mungkin terima subsidi kerajaan

oleh HEZERI SAMSURI|
Kementerian Industri China telah mengesyorkan Tesla Model 3 yang dipasang di China untuk dimasukkan ke dalam senarai kenderaan-kenderaan yang layak menerima subsidi kerajaan negara itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Laporan Reuters itu seterusnya berkata jenis subsidi yang bakal diterima masih samar-samar tetapi dua varian Model 3 telah dimasukkan ke dalam senarai penerima subsidi tersebut.

Berita itu menyebabkan saham Tesla melonjak naik 1.5 peratus semalam.

Elon Musk berkata kilang Gigafactory3 yang dibina di Shanghai itu adalah 65 petatus lebih murah dibina berbanding dengan sistem produksi Model 3 di US sendiri.

Walaupun menurun, jualan kenderaan elektrik (EV) di China adalah yang tertinggi di dunia - lebih sedikit dari 1 juta unit terjual dalam tahun 2018.

Kerajaan China masih memberikan subsidi dari segi pengecualian cukai untuk pembelian kereta EV. Namun begitu, jumlah subsidi yang diberikan sudah berkurangan berbanding dengan tahun lalu.

Minggu lalu pula, BMW dan Great Wall telah mengumumkan kerjasama mereka untuk membina sebuah kilang khusus untuk model Mini EV di China.

Jumlah pelaburan untuk kilang Mini EV itu mencecah US$721 juta.

Berita Berkenaan

Uncategorized
Tesla telah memilih Kuantan, Pahang sebagai salah satu lokasi pengecasan EV pertamanya di Pantai…
Berita Domestik
Tesla bekerjasama dengan Gamuda Land untuk membangunkan kawasan perlindungan alam semula jadi,…
Berita Global
Tesla mengatakan melalui laman webnya, ia akan meningkatkan harga untuk semua kereta Model Y di…