Tesla buka stesen pengecasan indoor terbesar di China

oleh Mohamad Hanif|
Melihatkan kepada peningkatan pemilikan EV masa kini, Tesla turut tidak ketinggalan untuk meluaskan lagi jaringan pusat pengecasan Supercharger di pasaran terbesar dunia, China.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut informasi yang dipetik daripada pengguna Twitter @JayInShanghai, stesen pengecasan terbesar di China itu terletak di Shanghai yang menempatkan kira-kira 72 slot pengecasan, jauh lebih banyak berbanding 56 slot yang terletak di stesen Firebaugh, California.

Lebih menarik apabila stesen ini merupakan fasiliti berbumbung dan bukannya stesen pengecasan terbuka seperti yang terdapat di kebanyakan negara.

 


Cuma sedikit kekurangannya adalah kesemua 72 unit pengecas itu masih lagi menggunakan Supercharger V2 yang mampu menampung sehingga 150 kW, tidak seperti stesen California yang mula menggunakan Supercharger V3 (250 kW).

Ini bermakna, masa pengecasan untuk model-model seperti Tesla Model 3 dan Model Y akan mengambil masa yang sedikit lama, walaupun kedua-dua model itu sudah pun menyokong pengecasan V3 di luar negara.

Menurut laporan, Tesla sudah pun mula menghasilkan lebih daripada 20,000 unit Model 3 di China, di mana sebahagian daripadanya dihasilkan untuk pasaran eksport.

Sehingga kini, terdapat kira-kira 500 buah stesen Supercharger yang terdapat di seluruh China, dan mungkin dalam masa terdekat akan menambah lagi bilangan stesen bagi menampung pertambahan bilangan pemilik EV akan datang.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam notis kepada negeri Texas dan California, Tesla memaklumkan akan mengurangkan 3,332 pekerjaan…
Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Global
Ketika ini Tesla sedang bergelut dengan perang harga dan penurunan jualan bagi kenderaan elektrik (…