Tesla Cybertruck buat penampilan terakhir di Malaysia - kini di JB sehingga 21 Julai

oleh Firdaus Razani|
Tesla Cybertruck telah menjadi popular di seluruh Malaysia sejak pameran awam pertamanya pada Mei, kini trak kompak elektrik futuristik Tesla itu berada di lokasi terakhir di Selatan Tanah Air.

Kini penampilan terakhir Tesla Cybertruck di Malaysia sedang dipamerkan di Mid Valley Southkey, Johor Bahru sehingga 21 Julai  2024.

Pengunjung berpeluang secara eksklusif untuk melihat trak Cybertruck dengan lebih dekat, serta buat kali terakhir.

 

tesla

 

Selain itu, pengunjung turut  dapat merasai pengalaman barisan Tesla terkini yang ditawarkan di Malaysia, Model 3 dan Model Y di Mid Valley Southkey.

Layari https://www.tesla.com/en_my/event/tesla-midvalley-southkey-johor untuk maklumat lanjut.

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebaliknya, kesemua 10 unit Tesla Cybertruck itu disumbangkan oleh Ben Horowitz, seorang bilionair…
Berita Global
Berdasarkan dokumen kontrak kerajaan yang dimuat naik secara rasmi, USAF sedang mencari Towable…
Berita Global
Badan Karbon Sepenuhnya Elongation Evo ni secara asasnya pakai bahagian sama macam model…