Tesla dilarang masuk kem tentera China

oleh HEZERI SAMSURI|
Tentera China telah melarang sebarang Tesla dari masuk ke kompleks bangunannya atas alasan keselamatan rahsia mereka.

Ini ialah kerana Tesla mempunyai pelbagai kamera terpasang secara standard pada kenderaan itu dan ada yang berkata ia adalah seperti perbuatan Washington mewujudkan sekatan ke atas alatan telekominikasi Huawei atas dasar keselamatan negara.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Arahan tentera kini menasihatkan pemilik Tesla untuk meninggalkan kenderaan mereka di luar kawasan komplek tentera.

Tesla menjual sebanyak 147,445 unit kenderaan tahun lalu di China, lebih kurang 30 peratus dari jumlah jualan globalnya.

Sebelum ini, kebanyakan syarikat automotif mengaku mereka menghantar laporan-laporan kedudukan dan lokasi-lokasi GPS menerusi sistem komunikasi dalam kenderaan kepada kerajaan China (baca laporan dari AP di pautan ini https://apnews.com/article/4a749a4211904784826b45e812cff4ca )

Menurut syarikat-syarikat automotif, mereka akur kerana ia adalah kehendak undang-undang di China. Alasan China ialah ia hendak memantau keadaan infrastruktur dan juga kawalan subsidi.

Eropah dan US tidak melakukan cara sedemikian kerana ia melanggar hak asasi dan peribadi pengguna.

Di Malaysia, Proton Geely X70 dan X50 dilengkapi dengan sistem komunikasi 4G tetapi tidak dipastikan samada Geely merekod sebarang data perjalanan dari kenderaan-kenderaan tersebut.

Laporan penuh dari Reuters pada pautan di bawah.

https://www.reuters.com/article/us-tesla-china/tesla-cars-banned-from-chinas-military-complexes-on-security-concerns-sources-idUSKBN2BB18R

 

Berita Berkenaan

Uncategorized
Tesla telah memilih Kuantan, Pahang sebagai salah satu lokasi pengecasan EV pertamanya di Pantai…
Berita Domestik
Tesla bekerjasama dengan Gamuda Land untuk membangunkan kawasan perlindungan alam semula jadi,…
Berita Global
Tesla mengatakan melalui laman webnya, ia akan meningkatkan harga untuk semua kereta Model Y di…