Tesla disiasat NHTSA kerana benarkan 'game' dimainkan di skrin infotainmen ketika memandu

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: TechRadar
Badan penyelia keselamatan automotif Amerika Syarikat, National Highway Traffic Safety Administration dilaporkan membuka kertas siasatan terhadap Tesla.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Siasatan itu melibatkan kira-kira 580,000 unit kenderaan Tesla yang telah terjual sejak tahun 2017 berhubung fungsi "Passenger Play" yang membolehkan permainan (game) dimainkan pada skrin paparan ketika kereta sedang dipandu.

Menurut NHTSA, ciri yang dinyahkunci oleh Tesla ini dikatakan mampu mendatangkan gangguan kepada pemandu selain meningkatkan risiko kemalangan jalan raya.

Sebelum ini, ciri permainan ini hanya boleh diakses ketika kenderaan berada di dalam mod parkir sahaja.

Sumber: Auto News

Berita Berkenaan

Uncategorized
Tesla telah memilih Kuantan, Pahang sebagai salah satu lokasi pengecasan EV pertamanya di Pantai…
Berita Domestik
Tesla bekerjasama dengan Gamuda Land untuk membangunkan kawasan perlindungan alam semula jadi,…
Berita Global
Tesla mengatakan melalui laman webnya, ia akan meningkatkan harga untuk semua kereta Model Y di…