Tesla fail rayuan tolak perintah Badan Buruh US

oleh HEZERI SAMSURI|
Tesla Inc telah memfailkan rayuan kepada Badan Buruh Kebangsaan US yang telah mendakwa syarikat kereta elektrik itu telah melanggar undang-undang buruh negara Uncle Sam tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Badan Buruh itu juga mengeluarkan perintah untuk CEO Tesla, Elon Musk agar memadamkan satu tweet berkaitan isu tersebut.

Rayuan tersebut dibuat pada 25 Mac lalu di New Orleans dan ia meminta mahkamah untuk melihat semula kes tersebut dan memberikan Tesla kelonggaran yang adil dan sepatutnya.

Tesla dikatakan melanggar akta buruh dalam tahun 2017 dan antaranya ialah menyekat kebebasan hak kesatuan pekerjanya. Elon berang dengan tuduhan tersebut dan seperti biasa menyatakan pendapatnya melalui tweet beliau.

Tindakan klasik dari Tesla dan Elon memang dijangka ramai walaupun birokrasi US tidak mengambil endah akan siapa Musk itu dan betapa berharga Tesla di mata dunia.

* Laporan lengkap di Reuters 


 

Berita Berkenaan

Informasi
Sayangnya Cybertruck masih belum bersedia untuk dijual di luar US, tetapi ada banyak lagi teknologi…
Informasi
Trak serba unik itu akan berada di Malaysia untuk beberapa bulan dan peminat di Malaysia dijemput…
Informasi
"Stesen Pengecas Super Sunway Carnival menawarkan empat Pengecas Super, menjadikan jumlah…