Tesla jumpa bom di tapak pembinaan Gigafactory Jerman

oleh HEZERI SAMSURI|
Syarikat kereta elektrik paling propa tetapi paling berjaya, Tesla mengaku projek pembinaan kilang Gigafactory ke-4 mereka di Berlin, Jerman dihentikan sebentar kerana penemuan bom.

Pekerja yang sedang membersihkan kawasan pembinaan tersebut menjumpai tujuh bom-bom yang belum meletup.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bom-bom tersebut ialah peninggalan Perang Dunia Kedua dalam era 1940-an dan menurut Associated Press, ia adalah bom-bom yang dijatuhkan dari pesawat US.

Media tempatan berkata besar kemungkinan sebanyak 200 paun bahan letupan dan 25 unit bom yang belum meletup bakal ditemui di kawasan tersebut.

Penemuan bom tidk meletup dari era Perang Dunia Kedua bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Setiap tahun, sebanyak 2,000 tan bahan letupan dari bom tidak meletup ditemui di negara tersebut.


* Laporan asal dari Car and Driver

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Electrek, pekerja di pembuat kereta itu menerima e-mel pada hujung minggu sebagai…
Berita Global
Nampaknya Musk terpaksa membuat pusingan U untuk Tesla di China kerana syarikat beliau telah…
Berita Global
Dalam perbicaraan tersebut, Tesla Power India Pvt Ltd memberi alasan bahawa perniagaan utama mereka…