Pelancaran ini memperlihatkan sejumlah 8 pengecas Tesla Supercharging V4, selain turut dilengkapi dengan 2 Destination Chargers.
Melalui pengecas generasi baharu ini, ia menawarkan sokongan kabel yang lebih panjang, di samping kuasa pengecasan mencapai 250kW setiap kenderaan.
Mengikut kiraan kasar, Tesla mengatakan kereta Tesla Model 3 Long Range boleh dicas untuk penggunaan sehingga 282km dalam masa 15 minit.
Tesla mengenakan caj sebanyak RM1.25/kWh untuk pengecasan menggunakan Tesla Supercharger, dan setakat ini terdapat sekitar 10 stesen Supercharging, membawa kepada sejumlah 48 Supercharger di Malaysia.