Tesla Malaysia benarkan pelanggan tukar tempahan Model Y ke Model 3

oleh Mohamad Hanif|
Satu kejutan melanda netizen baru-baru ini apabila Tesla Malaysia secara rasmi membuka tempahan bagi model sedan elektrik Tesla Model 3 facelift, antara pasaran yang terawal di dalam dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lebih mengejutkan apabila kumpulan pertama sedan elektrik tersebut dijangka akan tiba menjelang akhir 2023.

Tempahan kini sudah boleh diterima menerusi laman web Tesla Malaysia, namun bagaimana pula mereka yang sudah menempah Tesla Model Y sebelum ini? Adakah mereka dibenarkan untuk menukar tempahan?

Jawapannya, ya.

Tesla Malaysia menjelaskan mereka membenarkan pelanggan yang sudah menempah Tesla Model Y untuk menukar tempahan kepada Tesla Model 3.
 

Tesla Model 3


Berikut merupakan langkah-langkah yang harus diikut oleh pelanggan yang mahu menukar kepada Tesla Model 3:

1. Hantar emel kepada [email protected] dengan menyertakan nombor rujukan pesanan Tesla Model Y, dan nombor rujukan pesanan bagi Tesla Model 3.

2. Anda perlu memenuhi kriteria yang telah ditetapkan seperti:
• Tempahan bagi Model Y dibuat sebelum 1 September 2023
• Tempahan bagi Model 3 sudah dibuat
• Kedua-dua tempahan Model Y dan Model 3 dibuat di bawah akaun Tesla yang sama (dan alamat emel yang sama)
• Kedua-dua tempahan dibuat di Malaysia

3. Permohonan pembatalan tempahan perlu dibuat sebelum 15 September, di mana yuran tempahan bagi Model Y itu akan dikembalikan semula untuk digunakan bagi tempahan Model 3.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan di alamat emel [email protected] atau talian 1800-81-0655.

Baca: Tesla Model 3 2024

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Baru-baru ini, Tesla mengumumkan pengembangan rangkaian pengecasan Tesla ke Pulau Pinang dengan dua…
Berita Domestik
Selain daripada pameran barisan model tersebut, pengunjung juga boleh mengetahui lebih lanjut…
Berita Domestik
Dengan menyertai program rujukan tersebut, pelanggan dapat menikmati manfaat eksklusif menerusi…