Tesla Malaysia Buka Experience Location Baharu di Desa ParkCity

oleh Qalif Latif|
Tesla Malaysia hari ini mengumumkan pembukaan lokasi pengalaman (experience location) terbaharu di The Waterfront @ Desa ParkCity, Kuala Lumpur. Keistimewaannya, lokasi ini mesra haiwan peliharaan, membolehkan pemilik membawa “fluffy friends” mereka untuk merasai sendiri masa depan pemanduan serta ciri mesra haiwan dalam kenderaan elektrik Tesla.

Dengan berlatarbelakangkan suasana hijau Desa ParkCity yang terkenal dengan gaya hidup mesra komuniti dan haiwan peliharaan, pop-up ini menjadi lokasi gaya hidup ideal untuk merasai pengalaman Tesla secara lebih dekat. Para pengunjung berpeluang melihat dan memandu uji Model 3 serta Model Y, sekali gus memahami lebih lanjut mengenai pemilikan Tesla di Malaysia.

Desa Park City

Tesla juga terus memperluaskan jaringan pengecasannya bagi menyokong lebih 10,000 pemilik Tesla di jalan raya Malaysia. Terkini, Stesen Pengecasan Destinasi di Bangsar Shopping Centre telah beroperasi, menjadikan jumlah keseluruhan 16 lokasi Destination Charging (73 pengecas) serta 15 lokasi Supercharging (68 pengecas) di seluruh negara. Di samping itu, menerusi program Tesla Home Charging, lebih 8,000 isi rumah di Malaysia telah memasang Wall Connector untuk pengecasan mudah di kediaman.

Untuk tempahan sesi pandu uji Model 3 dan Model Y di The Waterfront @ Desa ParkCity, pelanggan boleh hubungi 1-800-810-655 (toll-free) atau layari laman rasmi Tesla Malaysia. Pandu uji turut tersedia di Cyberjaya, Pavilion Damansara Heights, Gurney Plaza dan pusat servis Johor.

Tesla kini mempunyai beberapa lokasi pengalaman utama di Malaysia termasuk Cyberjaya, Pavilion Damansara Heights, Gurney Plaza di Pulau Pinang, serta pusat servis di Johor. Manakala rangkaian pusat servis Tesla meliputi Cyberjaya, Pulau Pinang dan Johor.


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Model sedan Model 3 kekal ditawarkan pada harga permulaan RM169,000, manakala Model Y terus dijual…
Berita Domestik
Harga Baharu Tesla Model 3 Highland Menurut senarai rasmi Tesla Malaysia: Rear-Wheel Drive…
Berita Domestik
Bagi memperingati detik ini, Tesla melancarkan Tesla 10,000 Delivery Week yang berlangsung sehingga…