Tesla Model 3 dapat pesaing baru - Nezha S, sedan elektrik, jarak gerak hingga 1,100 km!

oleh Mohamad Hanif|
Secara jujurnya, kami sendiri di Careta sudah hilang pengiraan tentang berapakah jumlah sebenar syarikat automotif yang lahir dari China.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Boleh dikatakan, tiap kali timbul berita menarik dari negara tersebut, pasti akan ada satu dua jenama yang pertama kali didengari.

Pendatang terbaharu yang bakal memberikan saingan kepada Tesla Model 3 merupakan sebuah sedan elektrik yang futuristik datangnya daripada jenama Nezha yang ditubuhkan oleh Hozon Auto pada tahun 2018.

Sedan Nezha S ini sepatutnya muncul secara rasmi pada acara Beijing Auto Show, namun ia terpaksa ditunda disebabkan oleh pandemik yang kembali melanda negara tersebut.
 

Nezha


Nezha S membawakan ukuran sepanjang 4,800 mm, lebar 2,000 mm, tinggi 1,400 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,900 mm, menjadikannya lebih besar daripada Tesla Model 3, dan mampu bersaing dengan BMW i3, Nio ET5, BYD Seal dan Xpeng X7.

Dari segi luaran, Nezha S membawakan reka bentuk lampu dwi-lapis yang mengikut trend semasa, tiada gril melainkan bukaan liang udara pada bahagian bawah bampar, serta rekaan pemegang pintu yang tertanam kemas.

Bahagian belakang pula menampilkan unit lampu LED melintang penuh dengan spoiler terbina, diikuti dengan bampar belakang yang menempatkan nombor pendaftaran serta komponen diffuser yang kecil.
 

Nezha


Masuk ke ruang kabin, anda akan dihidangkan dengan skrin infotainmen dalam orientasi potret, diikuti dengan skrin kluster instrumen dan skrin tambahan pada tempat penumpang, serta paparan head-up.

Terdapat juga sistem audio berkuasa 1,216 watt dengan 21 pembesar suara, tempat duduk dengan ciri pemanas dan fungsi urut, serta penggunaan bahan premium seperti Alcantara, kulit, kayu dan juga keluli.

Tiada sebarang info berhubung trenkuasa yang dimuatkan, namun sedan yang dibangunkan atas pelantar modular Shanhai ini mampu membenarkan jarak operasi sejauh 710 km atau sehingga 1,100 km untuk versi penambah jarak (range-extender).
 

Nezha


Kadar penggunaan tenaga pula adalah serendah 12 kWh untuk setiap 100 km, terima kasih kepada sistem pengurusan suhu bateri HozonEPT4.0 yang dibangunkan bersama Huawei.

Selain itu, Nezha S juga hadir dengan teknologi pemanduan autonomi Tahap 4 yang menampilkan 13 unit kamera, 12 penderia ultrasonik, radar bergelombang 5 mm, dan dua unit LIDAR.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Usah risau, ini kerana Lotus Emeya sudah pun selesai menjalani ujian pembangunan menyeluruh dalam…
Berita Global
Menurut Togg, T10F bukan sekadar sebuah kereta, akan tetapi ia sebenarnya 'sebuah peranti pintar…
Berita Domestik
Berdasarkan hantaran di laman Facebook MyEVOC oleh Faisal Hussamuddin, sedan elektrik itu dilihat…