Tesla Model 3 dilaporkan kemalangan dengan mod Autopilot terpasang

oleh Mohamad Hanif|
Nampaknya, penggunaan nama Autopilot untuk mod pemanduan semi-autonomi kenderaan Tesla terus menimbulkan kekeliruan kepada para pemilik yang tidak suka berfikir panjang di belakang stereng.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kali ini, di Utara Greece, sebuah Tesla Model 3 dilaporkan terbabas akibat kegagalan sistem Autopilot (baca: kegagalan pemandu) untuk mengesan garisan jalan di susur keluar lebuhraya.
 


Pemandu tersebut dikatakan memandu pada halaju lebuhraya yang dibenarkan (120 km/j), dan menurut status Facebooknya, dia mengaku tidak menumpukan perhatian pada pemanduan kerana sibuk melihat aplikasi navigasi pada telefon pintarnya. 

Menurutnya lagi, sewaktu beliau mengesan perubahan arah pemanduan disebabkan kegagalan sistem tersebut mengesan jalan, cubaan beliau untuk mengubah kembali arah pemanduan tidak kesampaian lalu merempuh pembahagi jalan. 

Pemandu tersebut ketika ditemui selepas kejadian masih memakai tali pinggang keledar dan dilaporkan tiada sebarang kecederaan. Namun, beg udara didapati tidak terpasang ketika pelanggaran. 

Ketika diminta mengulas berkenaan kemalangan Model 3 tersebut, Tesla secara konsisten menyatakan bahawa mereka telah mengingatkan pemandu supaya kekal fokus dan memberikan sepenuh tumpuan walaupun mod Autopiot telah diaktifkan. 
 


Careta juga ingin mengambil kesempatan ini untuk terus mengingatkan para pembaca bahawa sistem bantuan pemanduan (baik semi mahupun autonomi penuh) ini tidak lebih daripada sekadar membantu kita di atas jalan.

Ia tidak dicipta sebagai sistem menggantikan pemandu secara 100% sepenuhnya.  

Memandu di atas jalan bukan sekadar suka-suka, ia lebih kepada satu tanggungjawab bagi memastikan nyawa kita dan penumpang serta para pengguna yang lain selamat. 

Sumber: CarScoops

Berita Berkenaan

Berita Global
Siaran kali ini merupakan kali kedua disiarkan semasa permainan Super Bowl itu berlangsung, pada…
Berita Global
Pengumuman tersebut dibuat bertujuan untuk mengemaskini perisian Autopilot untuk model kenderaan…
Berita Global
Pagi Sabtu tanggal 18 Februari, sebuah Tesla Model S dilapor merempuh sebuah trak bomba yang…