Tesla Model 3 laku keras - kalah BMW 3 Series, Audi A4 & Merc C-Class

oleh Mohamad Hanif|

Data jualan bulan Februari di Eropah kini menunjukkan kebangkitan permintaan terhadap sedan elektrik mengatasi jualan sedan bernadikan enjin pembakaran dalaman. 

Ini dibuktikan apabila Tesla Model 3 berjaya mengalahkan jumlah jualan yang diperoleh menerusi BMW 3 Series, Mercedes-Benz C-Class dan Audi A4 menurut data yang dikeluarkan oleh JATO. 

Walaupun baharu sahaja dilancarkan di Eropah, Tesla telah berjaya menjual sedan Model 3 sebanyak 3,630 unit pada bulan Februari, dan turut sama mengalahkan jualan EV lain seperti Renault Zoe, Nissan Leaf, BMW i3 dan Hyundai Kona. 

Menurut jurucakap JATO, impak yang dibuat oleh Tesla Model 3 ini akan bergantung kepada sejauh mana reaksi para pengeluar Jerman yang lain untuk 'menyerang balas' penguasaan pasaran EV.
 


Umum mengetahui sedan Tesla Model 3 bakal mempunyai pesaing rapat dari Polestar 2, manakala pengeluar dari Jerman yang lain juga turut bakal hadir dengan produk EV masing-masing, seperti BMW iX3 dan BMW i4, barisan produk Mercedes EQ serta Audi dengan e-tronnya. 

Hanya masa yang akan menentukan adakah Tesla akan terus kekal menguasai pasaran ataupun sebaliknya. 

Sumber: TopGear

Sumber gambar: Teslarati

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Dengan kepakaran sebagai seorang jurutera perisian, beliau telah melakukan sedikit modifikasi…
Berita Global
Mengikut laporan awal, ahli perniagaan tersebut, Alexey Tretyakov disyaki menggunakan mod Autopilot…
Berita Global
Elon Musk sebelum ini mendedahkan bahawa trak pikap pertama dari Tesla akan diperkenalkan secara…