Mengikut laporan awal, ahli perniagaan tersebut, Alexey Tretyakov disyaki menggunakan mod Autopilot sejurus sebelum kejadian.
Walaubagaimanapun, beliau bersama ahli keluarga hanya mengalami kecederaan yang tidak mengancam nyawa.
Tesla Model 3 (sesetengah media Russia melaporkan Model S) didapati meletup dan terbakar tidak lama selepas kemalangan tersebut.
Insiden letupan tersebut turut dirakam oleh pengguna jalan raya arah bertentangan di mana keadaan jalan raya masih lagi sesak dengan kenderaan.
Tesla dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini menyeru para pemandu supaya kekal bersedia walaupun mod Autopilot dipasang ketika pemanduan.
Namun, berdasarkan kes-kes kemalangan yang direkodkan, ternyata para pengguna Tesla 'terlalu mempercayai' keupayaan Autopilot yang penulis sendiri percaya ia masih lagi belum cukup sempurna untuk digunakan di atas jalan raya.
Harus diingatkan, ciri keselamatan yang diperkenalkan bukanlah bertujuan untuk menggantikan sepenuhnya peranan pemandu, akan tetapi ia lebih kepada membantu kita bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Sumber: Electrek