Tesla Model S Plaid boleh capai kelajuan 200 batu sejam dengan kemaskini perisian

oleh Mohamad Hanif|
Tesla Model S Plaid merupakan varian sedan elektrik yang paling berkuasa dan mampu memecut dari 0-96 km/j di bawah 2.0 saat, serta kelajuan tertinggi dikatakan mampu mencapai 200 batu sejam (322 km/j).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laman web configurator untuk Tesla Model S Plaid, kelajuan tertinggi untuk Plaid memerlukan spesifikasi tayar dan roda yang boleh didapati menjelang September ini.

Namun berdasarkan laporan daripada MotorTrend, Tesla sudah pun melengkapkan Model S Plaid dengan kelengkapan tayar dan rim yang sesuai untuk mencapai kelajuan tersebut.

 

Opsyen rim 21 inci Arachnid


Apa yang perlu hanyalah kemaskini terhadap perisian yang membolehkan Tesla Model S Plaid itu mencapai kelajuan tertinggi 322 km/j, di mana pada ketika ini Tesla Model S Plaid dihadkan kelajuannya kepada 262 km/j dengan tayar bersaiz 21 inci.

Selain daripada perisian, pembeli Model S Plaid perlu melengkapkan sedan itu dengan rim Arachnid bersaiz 21 inci yang dibaluti tayar Michelin Pilot Sport 4S berharga $4,500 (RM18,630), di mana menurut Tesla, gandingan kedua-dua rim dan tayar itu telah pun disahkan selamat untuk mencapai kelajuan tertinggi itu.

 


Harus diingat, kemampuan Tesla Model S Plaid tidak terhenti setakat pecutan dan kelajuan tertinggi, memandangkan prestasi pecutan suku batu boleh diselesaikan dalam tempoh 9.23 saat pada kelajuan 249 km/j menjadikannya sama taraf dengan supercar lain seperti Bugatti Chiron, McLaren P1 dan juga Dodge Challenger Demon.

Dari kilang, Tesla telah mendatangkan Model S Plaid ini dengan tiga motor elektrik, satu untuk gandar hadapan dan dua lagi masing-masing untuk roda belakang dengan output setinggi 1,020 hp dan daya kilas 1,424 Nm.

Berita Berkenaan

Berita Global
Model pra-produksi Taycan yang bakal dilancarkan kelak itu kini merupakan model elektrik Porsche…
Berita Global
Kebanyakan panel-panel Tesla itu dibuang demi untuk mencapai objektif Chet - mencari kelajuan…
Berita Global
Pemandu dilaporkan tidak berjaya membuka pintu keretanya kerana sistem kunci elektronik pintu itu…