Tesla Model S Plaid terbakar ketika sedang dipandu

oleh HEZERI SAMSURI|
Model S Plaid ialah antara kereta elektrik (EV) yang menjadi kegilaan ramai sekarang kerana memberikan prestasi yang memalukan supercar.

Namun begitu Reuters melaporkan sebuah Model S Plaid telah terbakar ketika sedang dipandu, tiga hari selepas pemiliknya menerima kenderaan itu.

Pemandu dilaporkan tidak berjaya membuka pintu keretanya kerana sistem kunci elektronik pintu itu gagal berfungsi dan menurut peguamnya, pemandu itu terpaksa "menolak pintu itu sehingga terbuka".

Kejadian yang berlaku pada 29 Jun lalu itu berlaku di kawasan perumahan berhampiran rumah pemandu di Pennsylvania.

Peguam tersebut, Mark Geragos dari Geragos & Geragos mahu siasatan dilakukan dan meminta semua Model S Plaid dipanggil semua segera.

 

 

Agensi Pengurusan Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) berkata ia telah menghubungi agensi-agensi yang berkaitan (termasuk pihak bomba yang memadamkan kebakaran kenderaan tersebut) dan juga pihak Tesla untuk mengumpul informasi berhubungan insiden tersebut.

Kebakaran EV bukan sesuatu yang baharu kerana bateri yang berkuasa itu memang mampu menghasilkan haba yang panas bila ada kejadian litar pintas atau ada masalah penyejukan.

Sebelum EV dijual dengan skala besar di Asean, akta panggil-semula serta "lemon-laws" perlu diperkenalkan agar nasib pembeli lebih terbela.

 

Laporan penuh di Reuters.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini kerana dalam satu kenyataan baru-baru ini, aktivis Amerika Syarikat itu menyeru organisasi…
Berita Global
Satu kajian yang dijalankan oleh firma Escalent mendapati Elon Musk merupakan aspek yang paling…
Berita Global
Menurut laporan Florida Highway Patrol, kemalangan maut itu berlaku sebelum jam 2 petang pada hari…