Tesla mungkin hadkan produksi Cybertruck - laporan

oleh Mohamad Hanif|
CEO Tesla Elon Musk nampaknya telah berkali-kali berjanji bahawa produksi trak pikap Cybertruck yang bersegi-segi itu akan bermula pada tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, seorang penganalisis berpendapat model Cybertruck akan bertindak sebagai sebuah model 'halo' yang dijual pada angka produksi yang lebih rendah, berdasarkan laporan StreetInsider.

Pakar analisis Adam Jonas berkata, "Cybertruck merupakan satu elemen penting untuk imej masa depan jenama Tesla.
 

Tesla


"Salah satu ciri menarik ialah kekurangan emblem Tesla pada bahagian luaran. Trak itu sendiri merupakan lambang kepada jenama Tesla dan risiko yang perlu diambil oleh syarikat itu untuk melangkau batas serta mencipta semula pelbagai aspek tentang maksud untuk menjadi sebuah pengeluar automotif.

"Kami berpendapat Cybertruck akan membawa lebih banyak nilai dari segi ikutan budaya/zeitgeist berbanding dari segi ekonomi langsung.

Terdapat sesetengah pihak yang percaya Tesla akan menjual ratusan ribu unit Cybertruck setiap tahun.
 

Cybertruck


Namun, Jonas berpendapat model Cybertruck akan menjadi sebuah kenderaan yang dihasilkan dalam unit yang jauh lebih terhad, berkemungkinan besar di bawah julat 50,000 unit/tahun.

"Banyak benda yang telah berlaku sejak Franz von Holszhausen membaling sebuah bebola keluli pada tingkap 'Armor Glass' Cybertruck pada November 2019.

"Trak itu adalah model sebenar, namun melihat dari sudut kewangan ia mungkin hanyalah pertunjukan sampingan kepada cerita Tesla pada hari ini.
 

Cybertruck


Sumber: StreetInsider

Berita Berkenaan

Berita Global
Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) memaklumkan, terdapat dalam 3,878…
Informasi
Trak serba unik itu akan berada di Malaysia untuk beberapa bulan dan peminat di Malaysia dijemput…
Berita Global
Namun, lain pula cerita jika anda seorang pemilik Tesla Cybertruck, kerana anda lebih perlu menjaga…