Tesla perlu pasang 50 Supercharger dalam tempoh 3 tahun - Tengku Zafrul

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Dalam satu hantaran di akaun Twitter milik Tengku Datuk Seri Zafrul baru-baru ini, beliau telah menyatakan keperluan kepada Tesla untuk beroperasi di Malaysia.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Antara keperluan yang perlu dilakukan oleh Tesla ialah memasang sekurang-kurangnya 50 Supercharger dalam tempoh 3 tahun, dan 30 peratus darinya mesti boleh digunakan oleh EV jenama lain.

 

 

Tentu sekali seperti apa yang dinyatakan sebelum ini, Tesla bukan sahaja akan mengimport masuk kenderaan elektrik mereka, malahan mewujudkan rangkaian stesen pengecasan Supercharger di Malaysia.

Baru-baru ini juga, Tesla sedang mencari pekerja untuk jawatan khidmat pelanggan, jualan, operasi, jurutera, dan juga pengecasan.

Ianya selaras dengan hasrat Tesla untuk mewujudkan membuka ibu pejabat, pusat servis, khidmat pelanggan dan rangkaian Supercharger di Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun tahukah anda, kos sebenar pek bateri sebenarnya jauh lebih mahal berbanding apa yang…
Berita Global
Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin dalam ucapan di United Nations General Assembly (UNGA)…
Berita Global
Angka tersebut dilihat jauh lebih tinggi berbanding 190,000 unit yang disasarkan pada tahun 2024.…