Tesla Roadster bakal diproduksikan menjelang 2022 - Elon Musk

oleh Mohamad Hanif|
Ketika Elon Musk memperlihatkan buat kali pertama model konsep Tesla Roadster, beliau menjelaskan bahawa model kereta sports elektrik tersebut akan diproduksikan pada tahun 2020.

Namun, ternyata banyak halangan yang menjejaskan perancangan asal Tesla (salah COVID-19?) sehingga menyebabkan pembangunan Tesla Roadster serta beberapa model lain seperti Tesla Semi dan Cybertruck turut tergendala.

 

 


Elon Musk dalam satu balasan kepada persoalan yang diajukan di laman mikroblog mengakui mereka ketinggalan dua tahun daripada perancangan asal, di mana mereka sedang cuba menghabiskan proses kejuruteraan pada tahun ini dan bakal memperlihatkan model prototaip yang boleh dipandu menjelang musim panas nanti.

Pertama kali diperlihatkan, Tesla Roadster menjanjikan trenkuasa elektrik dengan konfigurasi tiga motor elektrik, pek bateri yang membenarkan jarak operasi sejauh 997 km, pecutan 0-96 km/j dalam masa 1.9 saat dan kelajuan tertinggi 402 km/j.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jika awal tahun lalu, Elon Musk menjangkakan produksi Roadster bermula 2022, namun dalam jawapan…
Berita Domestik
Dengan jumlah pengeluaran dihadkan kepada 2,500 unit sahaja, sukar untuk kita lihat penampilan…
Berita Global
Nampaknya Elon Musk mungkin sedar akan perkara ini dan mengulangi kenyataan yang pernah dibuat…