Tesla Robotaxi Mula Beroperasi di Austin, Texas

oleh Qalif Latif|
Tesla akhirnya memulakan ujian operasi Robotaxi secara terhad di Austin, Texas dan seperti yang dijangka, video-video pertama mula tular menunjukkan pengalaman pengguna awal menaiki teksi pandu sendiri ini.

Walaupun dilancarkan secara skala kecil sebagai permulaan dan dengan pelbagai had kawalan, ini merupakan detik penting buat Tesla yang sekian lama menjanjikan revolusi penuh dalam dunia mobiliti autonomi.

Tesla Robo

Kawasan Terhad, Tapi Betul-Betul Tanpa Pemandu

Robotaxi ini hanya beroperasi di kawasan selatan bandar Austin dalam lingkungan kira-kira 30 batu persegi. Ia tidak meliputi kawasan pusat bandar dan tidak akan beroperasi ketika cuaca buruk. Perkhidmatan ini juga dikawal secara geofenced, bermaksud kereta hanya boleh beroperasi dalam zon yang telah ditetapkan.

Apa yang paling penting: tiada pemandu di tempat duduk pemandu. Tempat duduk itu kosong menjadikannya benar-benar kenderaan autonomi. Namun, setiap kereta masih ditemani seorang ‘safety monitor’ di tempat penumpang hadapan, serta dipantau secara jauh oleh teleoperator.

Tesla

Aplikasi Khas, Pengguna Terpilih

Perkhidmatan ini hanya boleh diakses melalui aplikasi Robotaxi yang berasingan daripada aplikasi Tesla biasa, dan setakat ini hanya tersedia melalui jemputan khas kepada kira-kira 20 peminat dan pelabur Tesla. Setiap pengguna boleh bawa seorang penumpang, dengan maksimum dua orang bagi setiap perjalanan.

Tesla menggunakan platform Apple TestFlight untuk agihan aplikasi, dan pengguna perlu berada dalam kawasan servis untuk memanggil kenderaan.

Pengalaman Perjalanan: Lancar dan Personal

Tesla Model Y digunakan sebagai kenderaan Robotaxi. Ketika kereta tiba, lampu luar akan berkelip sebagai petunjuk, dan kebanyakan tetapan peribadi pengguna seperti muzik dari akaun Tesla mereka akan terus disambung secara automatik dalam kenderaan.

Tesla Robo

Skrin di bahagian belakang Model Y dilengkapi antara muka khas Robotaxi termasuk butang sokongan untuk bantuan jauh, dan kawalan terhad oleh ‘safety monitor’ yang hanya boleh mengarahkan kereta berhenti atau berhenti di lorong tiada kawalan ke atas stereng atau pedal.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan terkini, unit yang dihasilkan ini dipercayai masih dalam fasa awal atau pilot build…
Berita Domestik
Model sedan Model 3 kekal ditawarkan pada harga permulaan RM169,000, manakala Model Y terus dijual…
Berita Global
Dasar baharu ini didedahkan oleh portal automotif InsideEVs, susulan perkongsian pempengaruh Tesla…