Tesla tangguh perancangan masuk pasaran India

oleh Mohamad Hanif|
Tesla dilaporkan menghentikan perancangan untuk menembusi pasaran India selepas tidak berjaya meyakinkan pihak berkuasa tempatan untuk menurunkan kadar cukai import yang dikenakan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pada mulanya, Tesla mahu memasuki pasaran India dengan menjual unit yang diimport sepenuhnya daripada Amerika Syarikat dan China.

Tesla berharap agar dapat meneruskan perancangan menembusi pasaran tersebut dengan kadar tarif yang lebih rendah berbanding kadar normal 100 peratus, namun kerajaan India mahukan Tesla untuk memasang kereta-kereta Tesla di dalam negara itu sebelum mereka menurunkan tarif tersebut.

Sumber yang rapat dengan Tesla memberitahu Reuters, pengeluar itu menangguhkan sementara perancangan selepas 1 Februari, hari di mana India mengumumkan perubahan dari segi bajet dan cukai namun tidak menawarkan sebarang konsesi kepada Tesla.

Difahamkan, Tesla telah pun meneliti beberapa lokasi seperti di New Delhi, Mumbai dan Bengaluru untuk membangunkan pusat pameran dan pusat servis, selain menubuhkan pasukan kecil untuk mengendalikan pelancaran rasmi di negara itu.

Menurut laporan Reuters lagi, permintaan yang tinggi terhadap kereta Tesla di pasaran lain turut menyumbang kepada penangguhan perancangan untuk memasuki pasaran India.

Sepanjang suku pertama tahun ini, Tesla telah mengedarkan kira-kira 310,000 unit kenderaan di mana 95 peratus terdiri daripada Model 3 dan Model Y, selebihnya disumbangkan oleh Model S dan Model X.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Uncategorized
Tesla telah memilih Kuantan, Pahang sebagai salah satu lokasi pengecasan EV pertamanya di Pantai…
Berita Domestik
Tesla bekerjasama dengan Gamuda Land untuk membangunkan kawasan perlindungan alam semula jadi,…
Berita Global
Tesla mengatakan melalui laman webnya, ia akan meningkatkan harga untuk semua kereta Model Y di…