Tesla terima 1.25 juta tempahan untuk Cybertruck - dan ia belum dibuat pun lagi

oleh HEZERI SAMSURI|
Tempahan yang tinggi sebelum kenderaan dilancarkan sebenarnya hanya membawa dua maksud - konsep dan jangkaan harga diterima ramai, atau nilai tempahan rendah.

Di dalam kes Tesla Cybertruck, ia bermaksud kedua-duanya sekali.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laman web InsideEVs.com, satu pengesan tempahan yang dicipta oleh peminat-peminat Tesla menunjukan syarikat kenderaan elektrik premium itu mempunyai 1.,256,487 juta tempahan untuk trak elektrik pertamanya.

Tempahan mula dibuka sejak November 2019 dengan harga US$100, dan ia boleh dipulangkan kembali jika penempah berubah hati.

Ini bermakna Tesla sudah menerima lebih dari US$125 juta dan jika kesemua tempahan itu berjaya menjadi realiti, hasil penjualan Cybertruck dari situ sahaja sudah berjumlah US$79 bilion.

Bayaran tempahan Cybertruck ialah yang paling rendah sekali untuk mana-mana model Tesla, dan menjanjikan sesuatu yang menarik.

Masalahnya ialah sehingga ke hari ini, Tesla masih tidak dapat menunjukan bentuk sebenar Cybertruck yang diluluskan untuk jualan global dan menepati piawaian-piawaian sepatutnya.

Menarik bukan?
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Electrek, pekerja di pembuat kereta itu menerima e-mel pada hujung minggu sebagai…
Berita Global
Nampaknya Musk terpaksa membuat pusingan U untuk Tesla di China kerana syarikat beliau telah…
Berita Global
Dalam perbicaraan tersebut, Tesla Power India Pvt Ltd memberi alasan bahawa perniagaan utama mereka…