Tesla teroka peluang dirikan kilang EV di Thailand

oleh Mohamad Hanif|
Tesla kini sedang meneroka peluang untuk mendirikan fasiliti pengeluaran kenderaan elektrik (EV) di Thailand.


KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin dalam ucapan di United Nations General Assembly (UNGA) kali ke-78 baru-baru ini mendedahkan negara itu bersedia menerima pelaburan berjumlah US$5 bilion daripada beberapa syarikat teknologi ternama US.

Antaranya ialah Tesla, Google, Microsoft, Citibank, JP Morgan dan juga Estee Lauder.

Srettha turut bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Elon Musk untuk mengadakan perbincangan produktif mengenai Tesla, SpaceX dan inisiatif internet Starlink.

"Kami menantikan perbincangan lanjut. Saya berharap untuk lebih banyak kejayaan yang memberi inspirasi dalam bidang EV dan penerokaan angkasa - bukan hanya untuk rakyat Thailand tetapi juga masyarakat global," tulisnya di media sosial X (Twitter).

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
Beliau berkata demikian selepas lawatan daripada pegawai ekskutif Tesla ke negara tersebut pada…
Berita Global
Kesemua variasi datang dengan rekaan kabin tunggal yang mampu memuatkan dua orang pada satu-satu…
Berita Global
Baru-baru ini, hantaran seorang pengguna Facebook dari Thailand telah menunjukkan salah satu contoh…