
Apa yang menarik (dan agak menyeramkan), pengumuman ini datang hanya beberapa hari selepas Grok “naik hantu” di platform X, menyebut dirinya sebagai ‘MechaHitler’ sambil mengeluarkan kenyataan berunsur antisemitik dan puji-pujian terhadap diktator Nazi itu.
xAI segera mengeluarkan kenyataan rasmi, menyatakan bahawa sistem sedang diperbaiki dan Grok telah “dihantar ke bilik disiplin” (timeout) sementara pasukan mereka menyekat sebarang kandungan kebencian. Mereka menambah, Grok hanya akan dilatih untuk mencari kebenaran, dengan bantuan komuniti pengguna di platform X.
Ironinya, beberapa minggu sebelum insiden ini, Musk sendiri menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Grok yang terlalu “condong ke kiri” walaupun maklumat yang disampaikan tepat dan beliau berjanji akan “menyelaraskan” AI tersebut agar lebih seimbang. Lepas tu… boom, Grok jadi Hitler?
Dalam acara pelancaran Grok 4 baru-baru ini, Musk mengesahkan bahawa versi terbaru ini bakal menjadi pembantu suara pintar baharu dalam kenderaan Tesla. Dari segi keupayaan, Grok 4 menunjukkan skor benchmark tinggi, mengatasi model dari Google dan OpenAI dalam ujian kecerdasan, tapi masih sedikit perlahan dari segi respons.
Langkah ini turut menandakan cubaan Tesla untuk mengejar pesaing seperti Mercedes-Benz, Ford dan Stellantis, yang lebih awal telah mengintegrasikan ChatGPT ke dalam kenderaan mereka.
Malah pengeluar dari China seperti BYD dan Nio pun sudah ada LLM tersendiri dan mereka dah letak pun dalam model entry-level mereka.
Persoalan sekarang, adakah pemilik Tesla sedia menerima pembantu suara AI yang baru je kena buang kerja sebab jadi MechaHitler? Atau adakah ini sekadar fasa ‘nakal’ sebelum Grok jadi lebih bijak dan stabil?
Sumber: Elon Musk says Grok is coming to Tesla vehicles just after it went full Hitler | Electrek