Teslamino - bila Tesla Model S berubah menjadi trak ute

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa tahun lepas, Careta pernah menyiarkan kisah seorang pemilik Tesla Model 3 yang berjaya mengubah kereta elektriknya menjadi sebuah ute.

Kini, seorang lagi pemilik Tesla telah berjaya menjadikan sedan Model S menjadi sebuah ute berkuasa elektrik yang dinamakan sebagai Teslamino - gabungan nama Tesla dan ute Chevy El Camino.

Menariknya, Teslamino ini telah pun lama wujud sebelum Elon Musk mengumumkan kehadiran trak pikap elektrik Cybertruck pada November 2019.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Teslamino (@teslamino)


Teslamino ini asalnya adalah sebuah Tesla Model S 85 dengan motor elektrik tunggal pacuan roda belakang berkuasa 362 hp dan 441 Nm.

Pada awal binaan, Teslamino ini tidak mempunyai tingkap belakang, malah pintu tailgate juga tidak boleh dibuka.

Menerusi kemaskini terbaharu, pintu tailgate belakang itu sudah berfungsi sepenuhnya, sementara cermin belakang pula mempunyai bukaan yang boleh digelongsorkan.
 

Teslamino


Bahagian bed belakang didatangkan dengan kemasan logam penuh, namun terdapat kekurangan di mana sebahagian kecil ruang itu terpaksa dikorbankan bagi memberikan laluan kepada sistem suspensi belakang.

Pun begitu, ia masih lagi boleh memuatkan sehingga dua buah mesin basuh pada satu-satu masa. Malah ia juga tidak menjadi masalah untuk membawa sebuah dirt bike pada bahagian belakang trak ute ini.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Teslamino (@teslamino)


Bahagian depan ute ini telah dipasangkan dengan bampar model facelift.

Untuk pengetahuan, di Malaysia terdapat pihak yang telah berjaya mengubah sebuah sedan Proton Preve menjadi sebuah ute yang berfungsi sepenuhnya.

Kisah Bufori itu boleh ditonton menerusi pautan di bawah:

 

Sumber: Instagram Teslamino

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Terletak di Hall 3, lot C301 di Tingkat 1, reruai Mitsubishi Motors Malaysia akan mempamerkan dua…
Berita Global
Namun disebalik rupa paras yang kekotakan yang sangat sopan itu, tersimpan satu rahsia yang mungkin…
Berita Domestik
Berdasarkan graf hasil larian dyno yang dikongsikan oleh Powertune Australia, enjin G16E-GTS 3…