TEST DRIVE 2U - tempah slot pandu uji kereta Mitsubishi dari rumah

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) selaku pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia mengumumkan pembukaan semula operasi pusat pameran dan pusat servis di seluruh Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dalam masa yang sama, MMM turut melancarkan perkhidmatan dalam talian TEST DRIVE 2U membolehkan para pelanggan menempah slot pandu uji kereta Mitsubishi dari rumah.

Berikut merupakan langkah-langkah untuk menempah slot pandu uji TEST DRIVE 2U dari Mitsubishi:

1. Layari laman web https://www.mitsubishi-motors.com.my/testdrive2u/
2. Pilih model dan varian yang ingin dipandu uji dan tekan butang "Test Drive 2U"
3. Masukkan lokasi pilihan untuk pandu uji
4. Isi butiran peribadi serta pilih tarikh dan masa untuk slot pandu uji
5. Pilih mod komunikasi yang dikehendaki sama ada menerusi talian Whatsapp, panggilan telefon atau tunggu sahaja perunding jualan bertauliah menghubungi anda.

 


Pelanggan yang menggunakan perkhidmatan TEST DRIVE 2U tidak perlu risau kerana Mitsubishi Motors Malaysia telah mengambil langkah sewajarnya seperti:

1. kereta dan kunci telah disanitasi dengan teliti sebelum dan selepas pandu uji
2. Perunding jualan dinasihatkan menggunakan cecair sanitasi tangan dan pelitup muka, begitu juga pelanggan
3. Sesi pandu uji dihadkan kepada seorang pelanggan pada satu-satu masa
4. Perunding jualan akan duduk di baris belakang bagi menjaga penjarakan sosial

Tidak dilupakan, Mitsubishi Motors Malaysia turut menawarkan kempen Hari Raya yang menarik untuk kesemua model Mitsubishi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.mitsubishi-motors.com.my/