Tetsuya Tada akui Toyota sedang uji GR Supra bertransmisi manual!

oleh Mohamad Hanif|

Tatkala sesetengah pengeluar mengkhususkan kereta berprestasi tinggi datang dengan transmisi manual, tidak kurang juga yang menawarkan transmisi tersebut kepada varian paling asas. 

Manakala varian paling tertinggi akan hadir dengan transmisi jimat tenaga kaki, tinggal praktis kaki kanan sahaja untuk laju atau perlahan. 

Sama juga halnya dengan BMW apabila pengeluar dari Jerman itu mengesahkan kereta sports Z4 akan hadir dengan penawaran transmisi manual. 

Namun, usah gembira terlalu awal kerana transmisi tersebut hanya akan ditawarkan kepada varian Z4 sDrive20i.

Ya, BMW Z4 paling asas dengan enjin 2.0 liter turbo yang menghasilkan 197 hp. 

Mungkin tidak ramai yang kisah tentang Z4, kerana rata-rata penggunanya lebih gemarkan transmisi auto, namun bagaimana pula dengan saudaranya Toyota GR Supra? 

 


Menurut Ketua Jurutera Toyota Supra, Tetsuya Tada, beliau mengakui telah menerima soalan yang sama berjuta kali dari seluruh dunia berkenaan hal ini. 

"Sebelum Toyota menyediakannya (Supra bertransmisi manual), orang ramai harus mencuba transmisi automatik ini dengan fikiran yang terbuka," saran beliau. 

"Namun, sekiranya masih ramai yang meminta, Toyota akan mempertimbangkannya," tambah beliau yang mengakui Toyota sudah pun bersedia menghadapi 'isu' ini. 

Sebelum ini, Toyota GR Supra dikatakan tidak akan menerima transmisi manual kerana peranan tersebut sudah pun diisi oleh Toyota GT86, dan Toyota tidak mahu kedua-dua model tersebut berbunuh sesama sendiri. 

Namun, melihatkan kepada sambutan yang diterima oleh penala Jepun itu sendiri, tidak mustahil nama Toyota Supra bakal mencipta sejarah tersendiri. 

 

 

Untuk rakyat Malaysia, sudahkah anda bersedia untuk menerima kehadiran Toyota GR Supra di tanah air? 

Pilihan transmisi mana yang anda mahukan? 

Baca: UMW Toyota sah bawa masuk Toyota Supra!

Sumber: DriveTribe

Berita Berkenaan

Berita Global
Apa yang mereka buat ialah memasang turbo tunggal Pure Turbo dan dua pendingin antara CSF® pada…
Berita Global
  Nampak seperti lengkap tetapi belum memadai, transmisi manual belum ditawarkan. Memang pelik…
Berita Global
Isu di sini yang menjadi misteri ialah adakah MR2 baharu itu adalah kenderaan elektrik (EV)…