TGR perkenal format Vios Sprint Cup, Vios Enduro Cup

oleh Mohamad Hanif|
Untuk memeriahkan lagi sukan permotoran di Malaysia, Toyota GAZOO Racing dan UMW Toyota Motor akan memperkenalkan format perlumbaan Vios Sprint Cup dan Vios Enduro Cup yang bakal menawarkan lima lagi perlumbaan untuk musim 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Acara Vios Sprint Cup akan berlangsung sekali dengan perlumbaan Malaysia Championship Series (MCS) yang menampilkan dua pusingan - pusingan pertama pada 20-22 Mei di Litar Antarabangsa Sepang, diikuti pusingan kedua di litar yang sama pada bulan Julai.

Sebanyak 26 buah jentera Vios bakal bertempur, dengan setiap jentera dikendalikan oleh dua orang pelumba yang menggandingkan kombinasi pelumba professional, amatur, selebriti dan rookies mengikut kelas Vios Challenge.
 

Vios


Perlumbaan 1 Vios Sprint Cup pada hari Sabtu akan menyaksikan kedua-dua pelumba memandu dalam sesi kelayakan bersaingan, dan pelumba terpantas diperlukan untuk memulakan perlumbaan satu jam sebelum membuat hentian pit mandatori untuk penukaran pemandu.

Perlumbaan 2 pada hari Ahad pula akan memerlukan pelumba kedua terpantas memulakan perlumbaan satu jam sebelum membuat hentian pit mandatori dan menukar pemandu, serta susunan grid terbalik berdasarkan keputusan Perlumbaan 1.

Juara keseluruhan untuk setiap perlumbaan Vios Sprint Cup ini bakal membawa pulang hadiah tunai RM10,000, diikuti RM8,000 untuk tempat kedua, RM6,000 untuk tempat ketiga, RM4,000 untuk tempat keempat dan RM2,000 untuk tempat kelima.

Secara keseluruhan, Vios Sprint Cup menawarkan hadiah wang tunai RM60,000 untuk setiap pusingan.
 

GR


Sementara perlumbaan Vios Enduro Cup pula bakal berlangsung sekali dengan perlumbaan endurance Sepang 1000KM Endurance Race (S1K) yang akan berlangsung pada November ini.

Ia bakal menyaksikan pelumba Toyota menyertai perlumbaan 1,000 km yang dijangka mengambil masa kira-kira sembilan jam untuk melengkapkan 181 pusingan lengkap Litar Antarabangsa Sepang.

Menurut Presiden UMW Toyota Motor Ravindran K berkata, "Objektif kami adalah untuk mengembangkan lagi aktiviti perlumbaan di dalam Vios Challenge yang akan menawarkan lebih banyak perlumbaan serta hadiah kepada pelumba, pasukan, dan juga pengedar yang mengambil bahagian.

"Dalam masa yang sama, ia juga turut menekankan komitmen UMW Toyota Motor dalam menyumbang kepada ekosistem sukan permotoran yang lebih meriah di Malaysia.

Maklumat lanjut berkenaan Vios Sprint Cup dan Vios Enduro Cup boleh diperoleh dengan menghubungi sendiri wakil Pengurusan Perlumbaan, Ms Janet (Wing Hin Motorsports) di talian 016-367 3300.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…