Thailand dibuka kepada pengunjung dari 46 negara bermula 1 Nov

oleh SALINA JALIL|
Thailand bakal membuka semula sempadan kepada pengunjung daripada 46 negara berisiko rendah COVID-19 bermula 1 November.


Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha berkata usaha itu perlu diambil bagi menyelamatkan industri pelancongan yang teruk terjejas akibat wabak itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Jika kita tunggu sehingga segalanya selesai, ia mungkin terlalu lewat.

 

"Selain itu, pelancong mungkin akan bercadang untuk pergi ke negara lain," katanya dalam catatan di akaun Facebook rasmi miliknya pada Khamis tanpa menamakan negara yang dimaksudkan itu.

 

Jelasnya, beliau sedar pembukaan semula sempadan negara terlalu awal akan membawa kepada risiko berlakunya penularan tempatan.

 

"Ini satu risiko yang perlu kami ambil namun Thailand kini lebih bersedia menghadapi penularan COVID-19.

 

"Selain itu kita perlu belajar hidup dengan virus ini," katanya.

 

Pelancong daripada 46 negara yang disifatkan sebagai berisiko rendah dibenarkan memasuki Thailand melalui laluan udara tanpa perlu menjalani proses kuarantin.

 

Namun mereka perlu menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19 dan menunjukkan keputusan ujian saringan negatif sebelum menaiki pesawat.

 

Mereka juga perlu bersetuju untuk menjalani ujian saringan COVID-19 sebaik tiba di Thailand.

 

Tambah Prayut, dalam masa sama Kementerian Kesihatan Awam akan mempercepatkan proses pemberian vaksin kepada rakyatnya.

 

Beliau turut menggesa orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan seperti memakai pelitup muka, kerap membasuh tangan dan mengamalkan penjarakan fizikal.

 

"Saya harap kita semua akan menerima berita baik sempena cuti panjang tidak lama lagi," katanya.

 

Kementerian Luar Negara Thailand mengeluarkan senarai 45 negara susulan pengumuman Prayut itu, lapor Bangkok Post.

 

 

Pada 11 Oktober, Prayut mengumumkan pengunjung daripada 10 negara akan dibenarkan melawat negara itu bermula 1 November tanpa perlu menjalani proses kuarantin dengan syarat-syarat sama yang ditetapkan.

 

Ketika ini sebanyak 17 bandar telah dikenal pasti terbuka untuk pelancong asing namun masih tidak pasti jika beberapa bandar lain akan dibuka untuk menerima pengunjung susulan pengumuman Prayut itu.

 

17 bandar itu adalah:

Phuket

Surat Thani

Bangkok

Samut Prakan (Lapangan Terbang Suvarnabhumi)

Krabi

Phangnga

Prachuap Khiri Khan (Nong Kae, Hua Hin)

Phetchaburi (Cha-am)

Chon Buri (Pattaya, Bang Lamung, Jomtien, Bang Sare, Koh Sichang, Si Racha)

Ranong (Koh Payam)

Chiang Mai (Muang, Mae Rim, Mae Taeng, Doi Tao)

Loei (Chiang Khan)

Buri Ram (Muang)

Nong Khai (Muang, Si Chiang Mai, Tha Bo, Sangkhom)

Udon Thani (Muang, Na Yoong, Nong Han, Kumphawapi, Ban Dung)

Rayong (Koh Samet)

Trat (Koh Chang)

 

 

 

AstroAwani

Berita Berkenaan

Berita Global
Borang TM6 ialah kad ketibaan/berlepas, yang mana warga asing perlu mengisi maklumat pasport mereka…
Informasi
Jadi perkara yang disyorkan adalah untuk mengambil insurans Thailand iaitu Insurans Wajib (Ci),…
Berita Global
Mungkin jika disebut mengenai motosikal elektrik, pasti dalam fikiran, bahawa motosikal itu tidak…