Thailand hadkan saiz kotak barang motosikal P-Hailing

oleh HEZERI SAMSURI|
Peningkatan perkhidmatan P-Hailing semasa pandemik Covid-19 memang satu fenomena yang tidak disangka.

Untuk negara Asean, motosikal menjadi pilihan utama untuk P-Hailing dan selain dari masalah kesalahan trafik yang dilakukan tanpa segan silu, satu lagi masalah yang dilihat oleh kerajaan Thailand ialah saiz kotak barang yang dipasang pada motosikal P-Hailing.

Bagi mengawal masalah itu, Julai lalu, Jabatan Pengangkutan Darat Thailand telah mengeluarkan undang-undang baharu untuk mengawal saiz kotak barang pada motosikal.

Ini ialah kerana sekiranya kotak itu terlalu lebar atau panjang, ia akan menyebabkan risiko kemalangan kepada pengguna jalanraya yang lain.

Di bawah ialah ukuran yang dibenarkan:

  • Panjang dan lebar keseluruhan kotak barang di belakang motosikal tidak boleh melebihi 60 sentimeter.
  • Kotak barang belakang mestilah tidak boleh menambah panjang motosikal kepada lebih 30 sentimeter.
  • Kotak sisi mesti dipasang secara simetri dengan motosikal berada tepat di tengah.
  • Kotak sisi motosikal pula mestilah tidak boleh lebih dari 70 sentimeter tinggi.
  • Lebar motosikal dengan kotak sisi pula tidak boleh melebihi 90 sentimeter.
  • Jika lebar kenderaan itu sendiri melebihi 90 sentimeter, pemasangan kotak sisi mestilah tidak boleh melebihi 110 sentimer (lebar keseluruhan dengan kotak sisi).
  • Pemasangan kotak-kotak barang pada motosikal mestilah tidak boleh menghalang penglihatan penunggang.
  • Kotak-kotak barang yang dipasang tidak boleh menutup atau menghalang mana-mana lampu dan isyarat pada motosikal tersebut.

Menurut Chirute Visalachitra, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Darat Thailand, kesalahan akan menyebabkan denda tidak lebih dari 1,000 baht (RM125.23).

*Sumber dari TPN National News

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Susulan itu, kejadian terbabit yang berlaku kira-kira jam 9 pagi berhampiran Balai Polis Tambun…
Berita Domestik
Kawasan lain iaitu di Ipoh Garden di kawasan lapang berhampiran Tesco Ipoh Garden, Medan Gopeng (…
Berita Domestik
Lebih memeritkan apabila Rider FoodPanda itu, Mohamad yang memiliki kelulusan diploma kejuruteraan…