Thailand haramkan tunggang beg pakaian bermotor di jalan - Polis Thai

oleh Penyumbang Rencana|
foto dari video viral
Menaiki atau menunggang beg pakaian bermotor (bagasi pintar) di jalan raya awam adalah melanggar undang-undang," kata Polis Bahagian Trafik Thailand, sebagai respon terhadap satu klip video tular yang mencetuskan kritikan awam di media sosial, awal minggu ini.

Klip video terbabit, yang dimuat naik di halaman Facebook pengguna Social Hunter 2022, memaparkan seorang wanita sedang menaiki beg pakaian bermotor di Jalan Vibhavadi Rangsit yang sibuk di Bangkok berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Wanita itu dilihat dengan santai bermain telefon bimbit sambil bergerak dengan pantas di jalan raya tanpa memakai helmet.

Video itu cepat menjadi viral, dengan netizen mengkritik kurangnya perhatian terhadap keselamatan semasa berada di jalan raya awam.

Ada juga yang mempersoalkan mengapa pegawai polis tidak menghentikan aktiviti itu yang boleh menyebabkan kemalangan.

Polis berkata, mengikut Akta Kenderaan dan Akta Trafik Jalan Raya 1979, beg pakaian (bagasi) tidak dianggap sebagai kenderaan.

Ia tidak boleh didaftarkan sebagai kenderaan dan digunakan secara sah di jalan raya awam.

Menggunakan objek bukan kenderaan di jalan raya awam dianggap sebagai 'menghalang lalu lintas', melanggar Akta Trafik Jalan Raya, tambah polis.

Polis trafik berkata siasatan mendapati wanita dalam video terbabit adalah seorang pelancong China yang telah meninggalkan negara pada 22 Ogos lalu.

- aksi yang pelik-pelik selalunya dari pelancong negara China -

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Informasi
Menurut beliau, di Malaysia, orang ramai menggunakan lesen memandu digital kerana jenis kad tidak…
Informasi
  Trak dan lori itu akan menghantar barangan ke Malaysia dan kemudian mengisi bahan api di stesen…
Berita Global
  Ketua Polis Sadao Kol. Pol. Bantheng Laochareng berkata siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki…