Thailand minta EV China guna sebahagian alat ganti diperbuat dari tempatan

oleh Firdaus Razani|
Kementerian Perindustrian Thailand meminta pengeluar kenderaan elektrik China memasang EV mereka dengan sekurang-kurangnya 40 peratus alat ganti diperolehi secara tempatan

Ia adalah sebagai langkah untuk menyokong rantaian bekalan automotif di Thailand.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Kadar 40 peratus dicadangkan berikutan perbincangan melibatkan kementerian dan GAC Aion New Energy Automobile, pembuat EV di bawah Guangzhou Automobile Corporation (GAC), yang telah berjanji untuk menggunakan 40 peratus kandungan tempatan.

 

Kilang GAC AION di Thailand

 

Pembuat alat ganti kereta Thailand, yang kebanyakannya biasa dengan komponen yang direka untuk enjin pembakaran dalaman (ICE), masih memerlukan sokongan daripada pengeluar kereta, walaupun yang kedua mengalihkan tumpuan mereka kepada teknologi mobiliti elektrik, kata Menteri Industri Pimphattra Wichaikul.

"Pegawai baru-baru ini mengadakan perbincangan dengan GAC Aion dan pembuat EV China yang lain mengenai penggunaan alat ganti kereta yang dikeluarkan oleh syarikat Thai," katanya kepada Bangkok Post.

"Kami juga berbincang dengan mereka mengenai pemindahan teknologi EV untuk membangunkan industri automotif Thailand."

Pihak berkuasa ingin memastikan pembuat alat ganti kereta tempatan boleh menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi dan dapat meneruskan perniagaan mereka.

Ia berikutan kebimbangan bahawa pengeluar EV China kebanyakannya akan membeli komponen EV daripada firma China dan membina rantaian bekalan EV mereka sendiri.

Lembaga Pelaburan (BoI) sebelum ini bertemu dengan firma EV China untuk membincangkan kemungkinan menggunakan alat ganti kereta tempatan untuk operasi EV mereka di Thailand.

"Kebanyakan pembuat EV China bersetuju dengan permintaan kerajaan untuk menggunakan alat ganti kereta buatan syarikat Thailand. Ini adalah petanda yang baik," kata Narit Therdsteerasukd, setiausaha agung BoI.

Menurut BoI, Changan Automobile yang berpangkalan di Chongqing, yang telah komited untuk melabur sehingga 10 bilion baht di Thailand, akan bermula dengan perkadaran kandungan tempatan sebanyak 60 peratus, meningkatkannya kepada 90 peratus pada masa hadapan.

Neta maklumkan akan membeli alat ganti daripada 16 syarikat yang berpangkalan di Thailand, yang akan menyumbang 60 peratus daripada jumlah komponen, dan ia akan meningkatkan bahagian kepada 85 peratus dalam jangka panjang.

Great Wall Motor berkata ia mahukan 80-90 peratus komponen EV daripada bahan tempatan.

Manakala jenama seperti GAC Aion, berkata alat ganti yang diperoleh di dalam negara akan membentuk lebih daripada 40 peratus komponen EVnya.

Sepanjang dua hingga tiga tahun yang lalu, BoI menyokong pelaburan bernilai 80 bilion baht dalam industri EV, dengan jumlah pengeluaran EV sebanyak 400,000 unit

Lembaga itu mempromosikan pertumbuhan industri EV dengan memberikan insentif pelaburan kepada perniagaan berkaitan EV, termasuk pengeluaran bateri dan kemudahan pengecasan EV.

Tetapi ini tidak bermakna kerajaan akan "meninggalkan" pengeluar kenderaan ICE, kata Cik Pimphattra.

Pihak berkuasa akan terus menyokong pembuat ICE yang telah menjalankan perniagaan di Thailand selama lebih sedekad serta pengeluar EV hibrid dan EV hibrid plug-in.

 

SUMBER : BangkokPost

Tags

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Bagi yang mahukan sebuah EV premium, pilihan yang ada sekarang ialah dari jenama legasi  Eropah dan…
Berita Global
Kilang itu akan menghasilkan litium bis(fluorosulfonyl)imide (LiFSI), sejenis elektrolit bateri…
Berita Global
Pengeluar kereta utama telah menyaksikan permintaan yang perlahan untuk kenderaan elektrik…