Thailand mula pelaksanaan sistem tol tanpa palang M-Flow

oleh Mohamad Hanif|
Tatkala Malaysia baru memperluaskan penggunaan RFID di Lebuhraya Utara Selatan, negara jiran Thailand sudah pun melaksanakan sistem tol tanpa palang M-Flow.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berbanding sistem sedia ada yang menggunakan sistem pembayaran M-Pass dan Easy-Pass, M-Flow pula menggunakan sistem kamera dan teknologi AI bagi mengutip bayaran tol dengan sistem pengecaman nombor pendaftaran kenderaan.

Disebabkan ketiadaan palang, sistem ini membolehkan kenderaan melepasi gantri pada kelajuan yang lebih tinggi, iaitu 120 km/j.

Malah, pengguna yang berdaftar boleh memilih untuk melakukan pembayaran mengikut bulan, atau setiap kali selepas perjalanan dibuat.

Buat masa ini, sistem M-Flow beroperasi di empat gantri di Motorway No. 9, iaitu di Thap Chang 1, Thap Chang 2, Thanyaburi 1 dan Thanyaburi 2.

Namun begitu, sistem baharu ini tetap tidak terlepas daripada masalah tersendiri.

Selain daripada rungutan berkenaan jumlah denda  yang dikenakan, pengguna lebuh raya turut mendakwa sistem M-Flow sangat rumit dan tidak mesra pengguna, malah sesetengahnya berpendapat laman web tersebut mampu mengakses terlalu banyak maklumat peribadi.

 


Laman Facebook M-Flow memaparkan jadual perbandingan jumlah denda yang dikenakan ke atas ahli M-Flow berbanding pengguna yang tidak berdaftar di bawah M-Flow.

Untuk kedua-dua ahli dan bukan ahli, tempoh masa yang diberikan untuk menjelaskan bayaran tol adalah sehingga dua hari, namun perbezaan yang ketara adalah pengguna bukan ahli dikenakan bayaran denda yang jauh lebih tinggi.

Seperti contoh, untuk bayaran tol berjumlah 30 Baht (RM3.85), ahli M-Flow hanya perlu membuat bayaran 30 Baht serta denda 60 Baht (RM7.71) menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 90 Baht (RM11.56) sahaja.

Namun, pengguna bukan ahli M-Flow perlu membayar tol sebanyak 30 Baht, serta denda 10 kali ganda (dalam kes ini, 300 Baht) menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 330 Baht (RM42.39)!

Jika pembayaran tidak dijelaskan selepas tempoh 12 hari, denda yang dikenakan adalah sekitar 590 Baht (RM75.79) untuk ahli dan 5,530 Baht (RM710.42) untuk bukan ahli.

Bangkok Post melaporkan Menteri Pengangkutan Saksayam Chidchob telah mengarahkan Jabatan Lebuhraya Thailand untuk memulangkan kembali denda 10 kali ganda yang dikutip daripada pengguna jalan raya yang gagal membayar tol menggunakan M-Flow itu tadi.

Malah, beliau mengarahkan pelaksanaan denda itu ditangguhkan sehingga 31 Mac 2022.

Ramai pengguna mendakwa mereka tidak sedar akan denda yang dikenakan sekiranya gagal membayar tol dalam tempoh dua hari.

Sumber: NationThailand, Bangkok Post, FB M-Flow

Berita Berkenaan

Berita Global
Borang TM6 ialah kad ketibaan/berlepas, yang mana warga asing perlu mengisi maklumat pasport mereka…
Informasi
Jadi perkara yang disyorkan adalah untuk mengambil insurans Thailand iaitu Insurans Wajib (Ci),…
Berita Global
Mungkin jika disebut mengenai motosikal elektrik, pasti dalam fikiran, bahawa motosikal itu tidak…