Thailand tarik balik prasyarat COVID-19 untuk pelancong asing

oleh Mohamad Hanif|
sumber: Wikivoyage
Negara Thailand membuat keputusan untuk membatalkan prasyarat COVID-19 yang dibuat sebelum ini bagi mewajibkan pelancong asing mempamerkan bukti vaksinasi, berkuat kuasa serta-merta.

Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnvirakul berkata, pelancong yang tidak menerima vaksinasi dan tidak lengkap dua dos vaksin juga akan dibenarkan masuk ke negara itu.

"Pengembara antarabangsa yang tiba di Thailand tidak perlu menunjukkan bukti vaksinasi.

"Memandangkan ramai pelancong telah menerima vaksin, keperluan untuk mempamerkan bukti vaksinasi akan menyusahkan. Oleh itu, panel kesihatan bersetuju bahawa bukti vaksinasi tidak lagi perlu,” katanya kepada pemberita pada Isnin.

Beliau berkata, bahawa pelancong antarabangsa tidak perlu menjalani ujian pra-berlepas Covid-19.

Pada Sabtu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) mengumumkan mulai Isnin, semua pengembara antarabangsa perlu membuktikan bahawa mereka telah lengkap divaksinasi atau mengemukakan surat yang mengesahkan mereka telah pulih daripada Covid-19 dalam tempoh enam bulan manakala pengembara yang tidak divaksin mesti mengemukakan sijil perubatan.

Sumber: Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Rakaman berdurasi kira-kira lima minit yang tular sejak Ahad memaparkan dua kru kabin bergelut…
Berita Global
Pasukan penyelamat, polis dan petugas kecemasan yang tiba di lokasi menemukan ramai mangsa…
Berita Global
Polis dari Balai Polis Pathum Wan yang tiba di lokasi mendapati kenderaan tersebut separa tenggelam…