THAILAND TERIMA PELABURAN ASING TERTINGGI - EV ANTARA PENYUMBANG UTAMA

oleh Firdaus Razani|
Pada tahun 2023, permohonan untuk melabur di Thailand dilihat semakin meningkat sebanyak 43 peratus kepada paras tertinggi lima tahun sebanyak 848.3 bilion baht ($24 bilion).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara permohonan tersebut, China merupakan pemohon paling teratas dengan nilai sebanyak 159.3 bilion baht.

Jumlah keseluruhan pelaburan asing itu menyumbang sebanyak 663.2 bilion baht dan peratusannya meningkat kepada 72 peratus.

Lembaga Pelaburan Thailand mengaitkan kemasukan pelaburan itu adalah kerana faktor seperti isu geopolitik yang mendorong syarikat multinasional untuk memindahkan operasi ke negara Asia Tenggara itu.

Perbalahan dua negara besar iaitu antara Amerika Syarikat dan China juga menjadi salah satu faktor penyumbang.

Singapura berada di tempat kedua dalam permohonan dengan jumlah sebanyak 123.3 bilion baht. A.S, Manakala AS berada di tempat ketiga dengan 83.9 bilion baht, diikuti Jepun dengan 79.1 bilion baht.

Tujuan utama Thailand adalah untuk menarik perniagaan yang terlibat dalam teknologi artificial intelligence (A.i) dan EV yang menyumbang sebahagian besar permohonan pelaburan pada 2023.

Great Wall Motor merupakan pengeluar dari China yang pertama memulakan pembinaan EV di Thailand.

Untuk membaca lanjut dan terperinci, boleh layari pautan yang dikongsikan ini ; NikkeiAsia.

Berita Berkenaan

Berita Global
Borang TM6 ialah kad ketibaan/berlepas, yang mana warga asing perlu mengisi maklumat pasport mereka…
Informasi
Jadi perkara yang disyorkan adalah untuk mengambil insurans Thailand iaitu Insurans Wajib (Ci),…
Berita Global
Mungkin jika disebut mengenai motosikal elektrik, pasti dalam fikiran, bahawa motosikal itu tidak…