Thaipusam: Tambang percuma feri di Pulau Pinang selama 50 jam

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Perkhidmatan feri di Pulau Pinang akan diberikan secara percuma selama 50 jam bermula 12.01 tengah malam, 24 Januari sehingga 2 pagi, 26 Januari sempena perayaan Thaipusam yang disambut pada 25 Januari ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, Kementerian Pengangkutan telah meminta Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan Penang Port Sdn Bhd (PPSB) untuk memberikan perkhidmatan feri secara percuma selama dua hari.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurutnya, pemberian perkhidmatan percuma itu adalah pertama kali secara 24 jam dilaksanakan sempena sambutan Thaipusam.

"Kita menjangkakan ramai penganut agama Hindu akan ke bahagian pulau untuk menyambut Thaipusam. Dengan perkhidmatan percuma ini kita harapkan ia membantu memudahkan pergerakan.

"Feri ini akan beroperasi 24 jam bermula 24 Januari sehingga 25 Januari manakala 26 Januari, ia akan beroperasi sehingga 2 pagi. Kita berharap, ia akan memberi satu kemudahan kepada rakyat," katanya pada sidang akhbar di sini pada Selasa.

Anthony sebelum itu menghadiri majlis menandatangani memorandum antara Perbadanan Aset Keretapi (RAC) dengan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) bagi pembangunan di atas sebahagian Lot 286, 65 dan 67 Bandar Perai.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Informasi
  Menerusi laporan dari Sinar Harian, Datuk Tan Teik Cheng, Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau…