The Flip Concept - bila AMG GT kahwin dengan G-wagen!

oleh Mohamad Hanif|
Konsep aneh yang anda lihat dalam artikel ini sebenarnya merupakan projek kerjasama antara Mercedes-AMG dan pemuzik Will.i.am yang digelar sebagai The Flip.

Model konsep one-off ini direka bagi membantu komuniti yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan akses kepada pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan, matematik dan seni.
 

G-


Menggunakan asas daripada Mercedes-AMG GT 4 Door, konsep ini menjadi semakin aneh apabila ia menampilkan pintu jenis suicide, diikuti dengan rupa paras depan yang diperoleh daripada SUV G-Class, sementara logo asal Mercedes-Benz digantikan pula dengan logo beruang.

Menurut Will.i.am, beliau tidak menyentuh soal enjin disebabkan AMG sudah pun menghasilkan enjin yang terbaik.
 

G-wage


Tambahnya, "saya dulu membesar di kawasan setinggan. Saya membesar dengan irama hip-hop. Saya melihat artis rap hip-hop lagenda menyebut jenama Mercedes, jadi ia merupakan satu impian untuk memiliki sebuah Mercedes.

"Bagi kami, memiliki sebuah Mercedes merupakan satu simbol kemajuan dan keluar dari kesukaran. Kini saya sudah pun mencapai impian, dan mahu melangkau lebih jauh dengan membayangkan dan mencipta visi tersendiri untuk sebuah model AMG.