The Misfit, Ford Anglia enjin BMW menang Hot Wheels Legends UK!

oleh Muhammad Md Tajudin|
The Misfit Hot Wheels Legends UK
The Misfit Hot Wheels Legends UK
Sekarang ini sedang berlangsung pertandingan Hot Wheels Legends dan menariknya negara kita diwakili oleh Proton Suprima S milik William Chong ke peringkat antarabangsa.

Pusingan United Kingdom pula dimenangi sebuah kereta bertemakan hot rod yang dikenali sebagai The Misfit.

The Misfit asalnya adalah sebuah Ford Anglia 1963 dan isi perut kereta ini diisi enjin BMW dengan pengecas lampau (supercharger)!

Jika terpilih, Suprima S, The Misfit atau mana-mana kereta yang menjuarai pertandingan akan dijadikan model skala 1:64.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
The Misfit dan Michael Charalambous

 

Perjalanan The Misfit memang menarik, kereta ini dipilih daripada 100 penyertaan dan dibina oleh Michael Charalambous.

Kereta ini berjaya disiapkan pada tahun 2022 selepas usaha akhir semasa kawalan pergerakan Covid-19. The Misfit juga diundi sebagai pilihan peminat untuk pusingan UK.

Sebelum berjaya, The Misfit bersaing di dalam kelompok sepuluh finalis dan diadili oleh barisan panelis Helen Stanley, Ian Callum, Jonny Smith dan hos Alex Kersten.

Di antara kriteria yang digunakan ialah ketulenan, kreativiti dan garage spirit

Michael Charalambous bukanlah pakar dan sebelum ini adalah seorang ejen hartanah namun mempunyai sikap yang teliti. Beliau juga mengimpikan sebuah Ferrari 308GTB.

 

The Misfit Hot Wheels Legends UK

 

Dari situ beliau menetapkan misi untuk membaik pulih beberapa buah kereta dan hasil jualan akan diguna untuk memiliki kuda Itali yang diidamkan.

The Misfit adalah projek terbesar beliau dengan ratusan jam dihabiskan selepas membeli sebuah rangka badan Ford Anglia dalam keadaan yang teruk. 

Michael Charalambous sebenarnya mengambil alih projek daripada pembikin (fabricator) Rob Rashbrook bagi membina sebuah Hot Rod yang unik dan dihasilkan mengikut ilham beliau sendiri.

The Misfit digerakkan enjin BMW E30 dengan pengecas lampau dan dipasang di atas casis buatan khas gabungan perkakasan kereta Ford dan Hillman Imp.

Tiada corak api digunakan dan warna yang dipilih ialah flat military green.

 

The Misfit Hot Wheels Legends UK

 

Satu komponen menarik ialah jejari roda BBS dari kereta lumba Ferrari GT yang mengambil masa enam bulan untuk diubah suai dan mendapatkan ofset dan kedudukan (stance) yang dihajatkan.

Tidak cukup, bahagian jejari roda BBS turut dijadikan stereng! 

The Misfit akan bersaing di peringkat separuh akhir global pada November depan dan Mattel mengesahkan dua buah kereta yang menang bakal dikeluarkan dalam skala 1:64.

Selepas menang Hot Wheels Legends UK, Michael Charalambous sebenarnya tidak lagi berhasrat untuk menjual The Misfit!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Michael Charalambous