The Rock 'keluar' dari keluarga Fast & Furious

oleh Mohamad Hanif|
Francais filem yang melawan hukum fizik, Fast & Furious dijangka akan tamat menerusi tayangan dua filem terakhir, iaitu filem ke-10 dan yang ke-11.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun begitu, pelakon terkenal Dwayne 'The Rock' Johnson dilaporkan tidak akan menyertai kembali keluarga Fast & Furious, dengan memetik masalah yang berpunca daripada pelakon utama, Vin Diesel.

"Bulan Jun lalu, saya dan Vin tidak berhubung menerusi media sosial, tapi saya memberitahunya secara terus - secara peribadi - yang saya tidak akan kembali ke francais," The Rock memberitahu CNN.

"Saya akan terus menyokong para pelakon dan berdoa supaya francais ini kekal berjaya pada masa akan datang, namun tiada peluang untuk saya kembali ke francais tersebut.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Vin Diesel (@vindiesel)


Mesej peribadi itu nampaknya telah disalahgunakan oleh Vin Diesel, di mana pelakon utama yang juga produser filem telah memuatnaik satu mesej secara terbuka memohon The Rock kembali memegang wataknya sebagai Hobbs.

Dengan berita terbaharu ini, ini bermakna Hobbs & Shaw merupakan filem terakhir yang dilakonkan oleh The Rock setelah beliau membuat kemunculan kali pertama dalam francais ini menerusi filem Fast Five.

Dua filem terakhir Fast & Furious dijangka akan memulakan penggambaran bermula pada bulan ini, dan filem ke-10 akan ditayangkan di pawagam pada tahun 2023.

 

Sumber: CNN

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Sebuah trailer filem terbaharu telah dimuat naik menerusi saluran YouTube The Fast Saga, di mana ia…
Gaya Hidup
Ia diumumkan sendiri oleh pelakon asal filem yang juga merangkap produser, Vin Diesel menerusi…
Gaya Hidup
Untuk filem Fast Furious yang ke-10, produser-nya Vin Diesel telah mengejutkan para peminatnya di…