TheLorry, MyOpal Services jalin kerjasama

oleh Mohamad Hanif|
Dalam usaha untuk memberikan lebih nilai kepada pengusaha industri kecil sederhana dan juga syarikat logistik, syarikat pemula logistik TheLorry mengumumkan kerjasama rakan kongsi bersama MyOpal Services selaku penyedia dan pembekal insurans automotif premium.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kerjasama ini merupakan yang pertama seumpamanya di rantau Asia Tenggara bagi memudahkan para pengusaha SME dan syarikat logistik menjalankan operasi mereka dengan lebih berkesan dan lebih kompetitif.

Menurut Goh Chee Hau, Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan TheLorry berkata, "Dengan menjadikan MyOpal sebagai rakan insurans dan waranti, para pemandu TheLorry akan mendapat sokongan dan perlindungan daripada sebarang kerosakan mekanikal. 

Dengan adanya sokongan MyOpal Services, ia mampu mengurangkan kadar kos operasi operator dan SME selain menawarkan perlindungan menyeluruh termasuklah kos penyelenggaraan, bantuan tepi jalan 24 jam, pembaikan tayar dan kos penundaan.

Manakala insurans kenderaan dan komponen rantaian nilai kenderaan komersil akan ditawarkan kepada para pengguna secara berperingkat. 

 


Semenjak ditubuhkan sehingga kini, TheLorry beroperasi di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand dan sedang dalam perancangan untuk memperluaskan skop operasi mereka di Vietnam dan juga Filipina.