Throtl hasilkan projek Civic EK drift RWD, guna nadi K20 turbo!

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sebuah syarikat penala dari US yang juga terkenal dalam menghasilkan pelbagai binaan menarik, Throtl baru-baru ini telah mendedahkan hasil projeknya, Honda Civic EK yang telah diubah suai dengan tetapan pacuan roda belakang (RWD).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bukanlah perkara baharu, namun istimewanya Civic EK tersebut ialah penggunaan kebanyakan komponen asal dari Honda, termasuklah nadi K20 yang telah ditegakkan untuk susun atur pacuan roda belakang.

 

2

 

Kebiasaannya, penggunaan nadi K20 bukanlah pilihan utama kerana susun atur asalnya sebagai sebuah enjin pacuan roda hadapan (FWD), di mana ianya melibatkan kerja-kerja modifikasi yang rumit.

Ia termasuklah kerja-kerja ubah suai pelekap enjin, rak stereng dan beberapa penggunaan komponen casis hadapan dari Toyota AE86.

 

3

 

Menariknya, bagi membolehkan tetapan RWD pada Civic EK tersebut, nadi K20 itu telah dipadankan bersama transmisi AP1 dari Honda S2000, serta gandar belakang yang diubah suai dan karbeda (differential) juga dari S2000.

Satu lagi perkara yang menjadi tumpuan, projek Civic EK drift itu turut mengekalkan tetapan suspensi asal Honda, di mana ianya direka geometri suspensi pacuan roda hadapan.

 

4

 

Dari segi kuasa, nadi K20 turbo itu menghasilkan sekitar 380 HP, di mana sistem pengurusan enjin dari Haltech mampu meningkatkan kuasa sehingga 550 HP bersama galakan (boost) penuh.

Menurut Throtl, projek binaan Honda Civic EK drift ini mengambil masa 4 tahun untuk disempurnakan.