Tiada F1 jadi rahmat kepada litar Sepang

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


"Jumpa saya di Media Center. Di pejabat saya membosankan kerana semua aksi ada di kawasan ini (paddock)," ujar Datuk Razlan Razali, CEO untuk Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sejak tahun 2008.

Sahabat lama yang saya kenali semasa saya bekerja di akhbar New Straits Times, Razlan yang saya kenali ialah seorang yang "straight forward" dan tidak pandai berselindung.

Kerana itu saya kasihan melihat beliau kadang-kala terperangkap di dalam isu-isu yang sebenarnya remeh, tetapi digembar-gemburkan oleh pelbagai pihak dengan kepentingan masing-masing. 

Tahun lalu, kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa mereka tidak akan lagi menganjurkan pusingan Formula 1 di Sepang dan pelbagai tohmahan dilemparkan.

Perjumpaan semalam membincangkan masa hadapan litar Sepang selepas negara mengambil keputusan untuk tidak menjadi tuan rumah untuk pusingan Formula 1.

Datuk Razlan Razali

Dengan ketiadaan Formula 1, SIC kini mempunyai peruntukan yang cukup untuk melakukan kerja-kerja pembaikan yang sudah lama tertunda.

Kami akan menumpukan kerja naik-taraf di kawasan-kawasan penonton kerana setiap tahun, kami akan menerima kecaman mengenai keselesaan penonton yang diakibatkan oleh fasiliti yang sudah usang. 

Contohnya setiap kali hujan, air mengalir seperti air terjun dari bumbung yang sudah bocor.

Bumbung grandstand itu menggunakan bahan "tension membrane" sepanjang satu kilometer dan boleh menelan kos sehingga RM35 juta untuk diganti.

Dengan peruntukan tahun ini yang berlebihan kerana kita tidak lagi menganjurkan Formula 1, bumbung itu akan diganti.

SIC juga akan menaik-taraf semua tandas-tandas awam serta kawasan parkir kenderaan yang menjadi rungutan ramai bila hujan.

 

 

Careta

Adakah ini bermakna SIC mahu memastikan penonton lebih selesa?

 

Datuk Razlan Razali

Ya, kami memang memberi fokus kepada keselesaan penonton agar mereka mendapat pengalaman melihat perlumbaan yang lebih baik.

 

Careta

Adakah apa-apa rancangan untuk litar itu sendiri?

 

Datuk Razlan Razali

SIC akan mula memasang lampu sorot tetap untuk litar ini. Ujian berlumba di waktu malam dengan menggunakan motosikal dan kereta telah pun dilakukan dan kali ini fasiliti lampu sorot itu cukup baik untuk menerima pengiktirafan untuk menganjurkan perlumbaan bertaraf antarabangsa.

SIC bercadang akan menawarkan penggunaan litar itu sehingga jam 12 tengah malam.

Ini terpaksa dilakukan kerana litar sudah 95 peratus penuh ditempah untuk tahun 2018.

Bila litar boleh digunakan di sebelah malam, SIC mampu mendapat lebih ramai pelanggan.

 

 

Careta

Bukankah kos perlumbaan malam lebih mahal?

 

Datuk Razlan Razali

Dari kajian kami, peningkatan yang ada sangat minimum.


Teknologi lampu sorot LED menjimatkan penggunaan elektrik, dan SIC juga menggunakan kadar elektrik industri yang lebih murah.

 

Picture from kartingasia.com

 

Careta
 

Bagaimana dengan litar gokart SIC?

 

Datuk Razlan Razali

SIC sudah mempunyai peruntukan untuk menaikan taraf litar gokart Sepang agar ia mematuhi homologasi CIK-FIA.
 

Dengan itu, ia akan dibenarkan untuk menganjurkan perlumbaan gokart bertaraf antarabangsa.
 

Selain dari itu, kawasan berhampiran litar gokart akan dibina sebuah litar untuk pengalaman pemanduan (driving experience facility).
 

Litar ala proving-ground ini akan dilengkapi dengan friction plate dan sistem penyembur air untuk membasahkan permukaan jalan.
 

Litar sepanjang 1.7 km ini boleh digunakan untuk sesi-sesi latihan pemanduan oleh individu, syarikat dan sebagainya.
 

Litar baharu ini dan litar gokart dijangka siap dalam bulan Julai 2019 dan akan menelan belanja antara RM40 ke RM45 juta.

 

 

Careta
Bagaimana pula dengan siri-siri perlumbaan domestik?

 

Datuk Razlan Razali

Pihak SIC mengambil serius akan perkembangan sukan permotoran negara dan kami akan memingkatkan lagi mutu siri perlumbaan tempatan seperti MSBK dan Sepang 1000km.

Kami juga bekerjasama dengan RaceRoom Asia bagi mengembangkan eSports di Malaysia.

Antaranya ialah kami akan mengadakan perlumbaan eSports dan pemenangnya akan diberikan peluang untuk berlumba dalam perlumbaan sebenar, dengan kereta lumba sebenar.

 

 

Careta
 

Bagaimana dengan pelumba-pelumba negara?

 

Datuk Razlan Razali

Itu juga ada dalam agenda kami.


Dahulu, kita telah melakukan kesilapan dengan memberikan terlalu banyak fokus untuk mendapatkan tempat pemandu untuk warga Malaysia di dalam sukan Formula 1.


Sekarang kami sedar bahawa dunia Formula 1 bukan sahaja terlalu mahal, tetapi sangat sukar. 

Kemenangan pemandu tempatan, Jazeman Jaafar dalam perlumbaan Asian LeMans di Buriram tahun lalu membuka mata kami semua kerana selepas kemenangannya, Jazeman terus mendapat tawaran untuk memandu bagi pasukan-pasukan antarabangsa.

 

lemans


Sekarang ini kami sedang memastikan Jazeman akan menjadi pemandu simpanan untuk sebuah pasukan LeMans Prototype (LMP). Insya Allah, kami akan umumkan sesuatu kelak.


Kejayaan Jazeman ini juga akan kami gunakan untuk membantu pelumba-pelumba tempatan lain seperti Weiron Tan and Afiq Ikhwan Yazid agar mendapat tempat di dalam dunia perlumbaan LeMans.


Apa yang SIC lakukan ialah kami mendidik pelumba berbakat dengan memberikan platform untuk bertapak. Sesudah itu, kami akan mencuba untuk mencari pasukan baharu bagi mereka agar kami dapat melatih muka-muka baharu pula.

 

Careta

Thailand akan mula menjadi salah satu penganjur perlumbaan MotoGP tahun ini di litar Buriram mereka.
Adakah ia akan menjadi masalah kepada Sepang seperti apa yang Singapura telah lakukan kepada perlumbaan Formula 1 kita?

 

Datuk Razlan Razali

Seramai 80 peratus penonton perlumbaan MotoGP di Sepang ialah dari kalangan peminat tempatan.

Cuma 20 peratus adalah dari negara luar dan penonton dari Thailand cuma ada dalam seribu orang atau kurang.

Ini bermakna perlumbaan MotoGP di Buriram tidak akan menjadi masalah kepada MotoGP kita nanti.

Pelancong Indonesia masih menjadi penonton luar negara paling ramai menghadiri MotoGP Malaysia.

Setiap tahun, anggaran dalam 20,000 orang peminat MotoGP tegar dari Indonesia akan hadir untuk melihat perlumbaan tersebut.

 

- TAMAT -

Berita Berkenaan

MotorGP
RNF Racing, yang diterajui Razlan merupakan sebuah pasukan yang dijenamakan semula daripada…
MotorGP
Dalam satu temubual yang diadakan secara maya baru-baru ini, Razlan menegaskan pasukan baharu SRT…
MotorGP
Menurut laporan daripada Crash.net, Prinsipal pasukan PETRONAS SRT Razlan Razali memberitahu…