Beliau ditanya oleh pihak media berkaitan kajian dari Universiti Putra Malaysia yang dilakukan tahun lalu di mana 30 peratus dari pemandu yang berusia lebih 60 tahun masih lagi aktif memandu.
Anthony juga berkata bahawa tindakan mewujudkan had umur itu akan memberi tanggapan bahawa pemandu di atas 60 tahun adalah penyumbang punca kemalangan.
"Tun Mahathir sudah berusia 99 tahun dan beliau masih memandu. Malah ayah saya juga masih memandu," ujar beliau.
Menteri itu juga berkata bahawa ia adalah sedikit sukar untuk menghalang warga emas dari memandu kerana akan memberi impak negatif kepada mobiliti pergerakan harian mereka, terutama mereka yang tinggak di kawasan pendalaman.