Tiada kenaikan harga bagi model CKD Toyota

oleh SALINA JALIL|

UMW Toyota Motor (UMWT) memaklumkan bahawa tidak ada kenaikan harga pada model Toyota pemasangan tempatan (CKD) buat masa ini. Model-model CKD bagi Toyota di pasaran Malaysia adalah Yaris, Vios, Rush, Hilux, Fortuner, Innova dan Hiace.


Pada awal tahun ini, pihak Kementerian Kewangan telah memberikan jaminan bahawa jika ada model CKD terjejas akibat peningkatan harga melalui kaedah telus menerusi Nilai Pasaran Terbuka, kenaikan itu akan diserap atau dikecualikan sepenuhnya oleh pihak kementerian terbabit sepanjang 2020.

 

Ravindran K selaku Presiden UMWT berkata faktor-faktor seperti kadar tukaran mata wang asing dan semakan cukai sememangnya boleh menjejaskan harga, tetapi buat masa ini, kami sentiasa cuba untuk mengekalkan kestabilan harga dengan menyerap (kos) peningkatan sebanyak mungkin. 

 

Maklumat tentang harga pelbagai model boleh didapati di www.toyota.com.my atau mana-mana pengedar yang sah dan cawangan UMWT di seluruh negara.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K, berkata kekuatan Toyota terletak pada kemampuannya…
Berita Domestik
Diadakan dengan tema “Customer First, Quality First”, pertandingan ini turut disertai wakil…
Berita Global
Paparan Skrin Terapung & Warna Retro Imej yang dikongsikan oleh akaun cars_secrets di…