Tiada kenaikan tambang bas sekolah

oleh SALINA JALIL|
Pengusaha bas sekolah tidak ada masalah untuk menguruskan jadual perkhidmatan berikutan perubahan sesi persekolahan dengan pembukaan sekolah mulai 15 Julai ini.


Presiden Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia, Amali Munif Rahmat, berkata pihaknya menjangkakan hanya 15 peratus sekolah terbabit dengan model sesi persekolahan satu sesi kepada dua sesi manakala 80 peratus sekolah akan terbabit dengan model penggiliran.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Justeru, katanya pengusaha bas sekolah tidak menghadapi kesukaran untuk mengatur jadual perjalanan murid ke sekolah.

 

"Bagi sekolah yang mempraktikkan model penggiliran, bermakna jumlah pelajar akan berkurangan 50 peratus setiap hari yang memudahkan pengusaha mengatur jadual perjalanan.

 

"Buat masa ini, sukar juga untuk mengulas lanjut kerana jadual perjalanan ini kena mengambil kira jadual persekolahan murid untuk dipadankan dengan laluan perjalanan serta jadual sekolah agama," katanya dihubungi BH, hari ini.

 

Beliau ditanya mengenai cara pengusaha menyesuaikan perkhidmatan disediakan mengikut tiga model pembukaan sekolah terutama membabitkan sekolah satu sesi kepada dua sesi.

 

Semalam, Kementerian Pendidikan mengumumkan konsep tiga model waktu persekolahan yang boleh dijadikan panduan oleh pentadbir, mengikut kesesuaian sekolah masing-masing.

 

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Jidin, dilaporkan berkata model berkenaan ialah Model Satu Sesi, Model Dua Sesi dan Model Penggiliran.

 

Amali Munif berkata, persatuan bersedia untuk dipanggil pihak sekolah dan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) untuk berbincang mengenai perkhidmatan bas.

Pada masa ini, perkhidmatan bas ini sering diketepikan pihak sekolah dan ibu bapa dalam mana keputusan berkaitan dengan sesi persekolahan.

 

"Berdasarkan statistik, satu pertiga pelajar menggunakan perkhidmatan bas sekolah, bermakna peranan pihak kami tidak boleh diketepikan.

 

"Penyertaan pengusaha bas dalam mana-mana perbincangan membolehkan rungutan dikemukakan dan pengusaha dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik, selamat dan selesa," katanya.

 

Mengulas lanjut, katanya pengusaha bersedia mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

 

"Mengenai penjarakan sosial, berdasarkan SOP ditetapkan Kementerian Pengangkutan, bas sekolah boleh beroperasi dengan kapasiti penuh tanpa penumpang yang berdiri apabila sekolah bermula.

 

"Ibu bapa jangan khuatir kerana perkara itu boleh dilaksanakan tambahan pula dengan adanya model satu sesi ke dua sesi dan penggiliran, jumlah pelajar berkurangan dan ia dapat diagihkan dengan lebih baik," katanya.

 

Ditanya kemungkinan ada pengusaha akan menaikkan kadar tambang, katanya pada masa ini kebanyakan pengusaha tidak bercadang menaikkan tambang.

 

Katanya, seperti dipersetujui Kementerian Pengangkutan, kadar tambang ini ditentukan harga pasaran serta berdasarkan persetujuan antara ibu bapa dan pengusaha.

 

"Saya akui ada pengusaha yang mahu naikkan harga, tetapi itu terpulang kepada perbincangan dengan ibu bapa. Namun, majoriti setuju kadar tambang pada harga lama." katanya.

 

 

- Admin mengharapkan pihak pengusaha bas sekolah dan para ibubapa sentiasa bermuafakat dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik kerana kedua-duanya saling perlu memerlukan di antara satu sama lain-

 

 

 

BH

 

Berita Berkenaan

Informasi
Berhubung isu pelancong dari luar negara yang tidak dapat menggunakan perkhidmatan bas Rapid KL…
Informasi
"Pelarasan semula kadar tambang ini akan memanfaatkan kira-kira 40,000 rakyat Malaysia yang…
Berita Domestik
  “Pemboleh ubah seperti kesesakan trafik, cuaca, jarak, masa, jumlah permintaan dan jumlah…