Tiada kerosakan sistem tol di Plaza Tol Bentong

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Tiada kerosakan berlaku melibatkan sistem bayaran di Plaza Tol Bentong yang dikatakan menjadi punca kepada kesesakan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) pada Sabtu.


Menurut sumber syarikat konsesi KLK, Anih Berhad, semua sistem tol berada dalam keadaan baik dan kesesakan berlaku selepas sebuah lori rosak di arah timur sebelum Plaza Tol Bentong.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

 

“Sebelum itu (berlaku kesesakan) lorong tol nombor lima arah timur ditutup semasa trafik lancar dan kemudian dibuka apabila berlaku peningkatan trafik secara mendadak.

 

“Sistem plaza tol semua berada dalam keadaan baik dan kesesakan bukan disebabkan masalah sistem tol,” katanya.

 

Sebelum itu seorang pengguna yang mahu dikenali sebagai Faris, 32, berkata, sistem tol mengalami kerosakan sehingga menyebabkan kesesakan trafik tidak bergerak selama hampir satu jam pada kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1.50 tengah hari Sabtu.

 

 

Kosmo