Tiada lagi kenderaan dan teksi diesel baharu di Singapura bermula 2025!

oleh Firdaus Razani|
Menurut dari kenyataan Pihak berkuasa bagi pengangkutan darat Singapura, semua pendaftaran kereta diesel dan teksi baharu akan dihentikan mulai 2025.
BHPetrol Diesel B7 MREC Banner Campaign July 2024
JAECOO J7 MREC Banner Campaign July 2024

Perkara itu adalah seperti yang diumumkan di Jawatankuasa Bekalan Kementerian Pengangkutan 2021.

Tindakan itu adalah untuk menyokong visi Singapura untuk semua kenderaan menggunakan tenaga yang lebih bersih menjelang 2040.

Dengan alternatif tenaga yang lebih bersih kini tersedia secara meluas, bahagian pendaftaran kereta diesel dan teksi baharu kekal di bawah satu peratus sejak 2021.

Oleh itu, berkuatkuasa mulai 1 Januari 2025, pendaftaran kereta diesel dan teksi baharu tidak lagi dibenarkan.

Kereta diesel yang didaftarkan sebelum 1 Januari 2025 boleh memperbaharui Sijil Kelayakan mereka, tetapi akan dikenakan cukai jalan yang lebih tinggi kerana tidak mematuhi pembaharuan itu.

Sekatan ini tidak akan dikenakan ke atas import dan pendaftaran kereta di bawah Skim Kenderaan Klasik dan Skim Kenderaan Vintaj.

 

SUMBER : Land Transport Authority 

Berita Berkenaan

Berita Global
"Kira-kira 45 orang telah dipindahkan dari premis itu oleh polis dan SCDF. Tiga individu telah…
Berita Global
Pada masa ini, terdapat 184 stesen minyak di Singapura. Ia didapati berkurangan sebanyak 17.1…
Berita Domestik
Kebakaran menyebabkan bahagian pemandu dan tempat duduk penumpang hadapan serta bahagian enjin…