Tiada lagi pendaftaran kereta diesel, teksi baharu di Singapura pada tahun 2025

oleh Mohamad Hanif|
Dalam usaha untuk memastikan Singapura menjadi sebuah negara yang bebas karbon, semua kereta baharu bernadi diesel termasuklah teksi tidak akan dibenarkan didaftar bermula tahun 2025.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut perbahasan rancangan kelestarian kerajaan yang berlangsung pada 4 Mac 2021, Menteri Pengangkutan Singapura Ong Ye Kung mengumumkan larangan pendaftaran kereta diesel dan teksi baharu lima tahun lebih awal berbanding sasaran terdahulu pada tahun 2030.

Tambah beliau, kenderaan bermotor di Singapura melepaskan kira-kira 6.4 juta tan karbon dioksida (CO2) setiap tahun, dan jumlah tersebut boleh dikurangkan kepada 1.5-2 juta tan per tahun jika kenderaan ringan (termasuklah kereta dan teksi) menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya.

Di Singapura, penggunaan enjin diesel lebih popular dikalangan bas dan kenderaan komersiap, malah kebanyakan teksi sudah mula beralih daripada penggunaan diesel kepada model petrol, serta model hibrid elektrik.

Sehingga akhir tahun 2020, hanya 41.5 peratus daripada 15,678 buah teksi yang masih lagi menggunakan enjin diesel.

Tambah Ong lagi, dengan larangan terhadap pendaftaran kereta diesel dan teksi baharu ini bakal membuka lebih banyak peluang untuk kenderaan yang lebih hijau, seperti kereta elektrik.

Skim terbaharu Commercial Vehicle Emissions Scheme yang akan dilaksanakan pada bulan hadapan bertujuan untuk menggalakkan para pemilik kenderaan komersial ringan untuk beralih kepada penggunaan bahan api yang lebih bersih.

Sumber: Straits Times

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihak polis menerima…
Berita Domestik
Polis turut merampas sebuah kereta jenis Proton Waja yang dipercayai digunakan oleh suspek ketika…
Berita Global
Namun syarikat Concorde (bukan kapal terbang ultrasonik) tampil dengan penyelesaian untuk masalah…